Paul Scholes: Pasukan Liverpool Ni Tak Sehebat Manchester City Dengan City 2017/18 Pun

Legenda Manchester United, Paul Scholes menyifatkan bahawa, pasukan Liverpool bimbingan Jurgen Klopp yang ada musim ini jauh bezanya dengan pasukan Manchester City 2017/18.

Ia pastinya persoalan yang agak sukar dijawab oleh Scholes apabila terpaksa bercerita tentang dua musuh utama Man United.

Namun Scholes tetap tenang dalam mendedahkan hakikat bahawa Man City pada 2017/18 adalah pasukan yang paling padu.

Malah Scholes berkata, tidak akan pernah ada pasukan yang lebih hebat dan lebih cantik daripada pasukan Man City 2017/18, buat selama lamanya.

Paul Scholes ketika dihubungi oleh Mark Odgen dari BBC, menyatakan Liverpool musim ini berpotensi untuk menang segalanya.

Malah Scholes memuji konsistensi pasukan Liverpool musim ini. Kemudian, legenda Setan Merah itu sudah mengesahkan bahawa kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini akan menjadi milik Liverpool, tanpa dakwa dakwi.

Beliau juga yakin tiada orang yang berani bet Liverpool tak dapat treble musim ini

Scholes berkata: “Apa yang mereka lakukan musim ini sangat sensational bukan?”

“Cara mereka menang setiap minggu, membolehkan mereka menang treble ataupun menamatkan musim tanpa kekalahan.”

“Bukan mudah nak melakukan perkara seperti ini. Dan pada satu ketika kita fikir ada satu pasukan yang boleh menewaskan mereka.”

“Mereka akan memenangi liga tahun ini, tiada keraguan lagi tentangnya. Cuma persoalannya, mampukah mereka menjuarai Liga Juara Juara Eropah dan Piala FA (untuk melengkapkan treble).”

“Dan kamu tak akan berani nak bertaruh pasukan ini tak akan memenangi treble.”

Mark Odgen kemudian bertanya: “Adakah kau rasa pasukan ini lebih baik daripada pasukan Man City bimbingan Pep ketika menang liga dengan 100 mata?”

Scholes berkata: “Tak ! Tidak sama sekali! Saya sentiasa berpendapat pasukan Pep tersebut bermain bola sepak yang lebih baik.”

“Pasukan Liverpool ini hanya melakukan tugasan mereka dengan baik, dan bukannya melaksanakannya dengan cantik.”

Pasukan Man City pada 2017/18 merupakan satu satunya pasukan yang menamatkan EPL dengan kejuaraan liga dengan 100 mata.

Paul Scholes sebelum ini pernah menganggap Liverpool memenangi piala yang tak penting ketika menang Piala Dunia Kelab.

Scholes memperlekehkan kejuaraan tersebut dan menyatakan ada banyak benda lain lagi penting.

Scholes malah menyatakan beliau tak pernah beritahu orang lain tentang piala tersebut kerana ianya tak penting. Malah menurut Scholes, lebih penting pingat badminton yang beliau menangi berbanding Piala Dunia Kelab.

Paul Scholes merupakan salah seorang pemain tengah terbaik dalam generasi beliau. Scholes menjadi nadi penting Man United pada era Sir Alex Ferguson.

Gaya permainan yang lasak dan kemampuan menjaringkan gol dari jarak jauh sentiasa menjadi igauan ngeri buat pasukan lawan.

Beliau juga bersama dengan pasukan yang memenangi treble, menjuarai EPL, UCL dan piala domestik dalam satu musim yang sama.

BACA:  Scholes Dedah Satu-satunya Piala Yang Beliau Malu Untuk Raikan