Paulinho Mungkin Dihalau dari China Selepas Bergambar Dengan Pelakon Lucah Jepun

Pemain Brazil yang baru sahaja menjaringkan hatrik buat negaranya bulan lalu, Paulinho berdepan kemungkinan dihalau dari China selepas bergambar dengan seorang pelakon lucah dari Jepun, Tsukasa Aoi. Bagi sesetengah negara, perkara ini mungkin satu kebiasaan, namun Paulinho telah dianggap melakukan satu kesalahan di China.

Sebarang material yang berunsur lucah – video, gambar atau apa sahaja bahan, adalah diharamkan di China. Lebih malang lagi nasib Paulinho, dia juga telah mempromosi satu syarikat perjudian, Letou, dalam gambar yang sama.

Berjudi atau bertaruh adalah diharamkan juga di China dan ini bermaksud, Paulinho telah melakukan dua kesalahan yang berat dalam satu masa. Kalau tambah lagi satu kesalahan akan bermaksud Paulinho telah ber-threesome.

Walaubagaimanapun, tiada lagi sebarang hukuman yang dikenakan ke atas pemain Guangzhou Evergrande ini. Jika didapati bersalah, Paulinho berkemungkinan besar akan dihalau dari China dan Jerman mungkin menjadi destinasi berikutnya dengan Bayern Munich masih mencari pengganti Xabi Alonso di bahagian tengah.

Baca Juga

Baca Juga