Pawang Hujan Dakwa Fabio Menang Perlumbaan Kerana Meniru Ritualnya

Pawang hujan Rara Isti Wulandari tampil mendedahkan yang Fabio Quartararo berjaya menduduki kedudukan kedua dalam perlumbaan di Mandalika adalah kerana tuah ‘Singing Bowl’.

Salah satu masalah yang dihadapi oleh pihak penganjur untuk menganjurkan MotoGP Mandalika 2022 adalah untuk memastikan litar di Mandalika di Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat (NTB) dalam keadaan terbaik, supaya tidak menjejaskan pelumba.

Masalah cuaca jelas sekali bakal menjadi antara faktor yang akan menjejaskan litar perlumbaan dan kerana itulah pihak pengajur melantik pawang hujan untuk mengawal cuaca.

Rara Isti Wulandari merupakan pawang hujan terkenal Indonesia dan beliau telah dilantik untuk menjadi pawang hujan di acara tersebut.

Pawang hujan yang selesa dengan gelaran Rara itu mengaku yang beliau memang dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pelancongan Indonesia untuk menjadi antara Jawatankuasa di kejohanan tersebut.

Dek kerana beliau sebelum ini sering dilantik menjadi pawang hujan di acara-acara besar yang lain, maka Rara turut diberi kepercayaan untuk jadi pawang hujan di Mandalika.

“Di WSBK (acara superbike) pada hari terakhir saya jadi pawang hujang (jarak jauh), lepas habis tu bulan Februari 2022, Pak Erick Thohir ada program di Jakarta. Saya jumpa Pak Erick, Pak Barry ITDC, lalu saya di bawa ke sini.”

“Jadi dari acara pra musim pada 11-13 Februari semuanya berjalan dengan baik.”

Jelas Rara Isti Wulandari ketika ditemu bual oleh Suara.com di kawasan Sirkuit Mandalika, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat.

Kerana itu jugalah Rara terus diberi kepercayaan supaya menjadi pawang hujan di acara terbesar Mandalika pada tahun ini.

Semalam, youtuber terkenal Indonesia, Deddy Corbuzier telah mengundang Rara ke studio podcast miliknya untuk berbahas hal yang sedang tular pada ketika ini.

Ada beberapa babak yang agak mencuri perhatian peminat antaranya ketika Rara mengaku yang di langit ada aircond dan remote aircond tersebut ada ditangan beliau.

“Itu sebenarnya ada dua pawang hujan, Apa pemerin…. Err (batuk), Rara meditasi, oh ada lagu satu ni, Rara tak nak, kan dah diupload di media yang aku tak menerima pawang hujan lain.”

Deddy Corbuzier kemudiannya mempersoalkan mengapa Rara tak terima pawang hujan lain, dengan Rara menjawab:

“Kerana macam ni, teori langit itu, erm nanti nampak riak, langit itu atas izin tuhan langit menjadi milik Rara, di langit itu adanya kawan-kawan Rara, para pekerja, pelumba yang penting pemerintah, langit itu ada aircond besar dan remote dia ada pada Rara.”

Satu lagi detik menarik dalam temu bual tersebut adalah ketika Rara percaya Fabio Quartararo menduduki kedudukan kedua dalam perlumbaan tersebut adalah kerana berkat singing bowl.

“Ini apa yang kemarin, Fabio tiru Rara kan, ini singing ball untuk meditasi, sebab kalau kita jadi pawang hujan tu sebenarnya sikap dia lebih kepada meditation.”

“Mas ini bawah tuah mas, si Fabio kan main ini tiru Rara, dapat nombor dua dia.”

Walaupun Fabio Quartararo meniru Rara melakukan ritual tersebut dengan menggunakan mangkuk kertas, namun pawang hujan tetap percaya ia adalah kerana berkat singing bowl beliau.

Berapa Rara dapat bertugas sebagai pawang hujan di Mandalika?

Dilantik sebagai Rain Handler secara rasmi, Rara Istiani Wulandari dibayar sebanyak hampir RM1,500 Rp 5 juta (lebih tepanya RM1466.38) untuk tempoh selama 21 hari yang selepas dikalkulasi mengumpul jumlah sebanyak Rp 105 juta (RM30,794.01).

Agak mewah bukan?

Indonesia Tourism Development Corporation (ITDC) sebuah syarikan milik Kementerian Badan Usaha Milik Negara (BUMN) yang merupakan pemilik Litar Mandalika telah melantik Rara Istiani Wulandari.

Rara Istiani Wulandari merupakan anak kelahiran Jayapura, Papua merupakan seorang ‘pengawal cuaca’ yang tidak asing lagi dalam bidang ini untuk acara-acara besar yang berlangsung di Indonesia.

Porfolio yang dipunyai oleh Rara Istiani Wulandari sangat gah dan sangat dipercayai dinegaranya apabila untuk mengawal cuaca apabila terlibat untuk acara:

1. Majlis pembukaan Sukan Asia 2018.
2. Kejohanan AFC U-19/
3. Acara Vaksinasi anjuran Kementerian Badan Usaha Milik Negara (BUMN) di lima Bandar.
4. Acara bola sepak di Liga 1 dan Liga 2.
5. Perlumbaan World Superbike Championship (WSBK) Litar Mandalika, November 2021.
6. MotoGP rasanya job paling besar dan bertaraf dunia.

Selain menolak hujan, Rara Istiani Wulandari juga mampu untuk menarik hujan. Pada 9-11 Mac lalu Rara Istiani Wulandari diminta untuk menarik hujan bagi menyejukkan litar Mandalika ketika ujian pramusim berlangsung.

Sumber: Deddy Corbuzier

BACA:  Hafizh Syahrin Akan Bermula Di Petak Ke-4