Payet Bernilai GBP100 juta – Siapa Lagi Pemain Yang Meningkat Harganya Selepas Euro 2016?

Euro 2016 telah melabuhkan tirai dan menyaksikan Portugal – against all odd – telah berjaya merangkul piala yang paling diidamkan oleh setiap pemain berbangsa Eropah. Euro 2016 juga menyaksikan prestasi beberapa pemain yang cemerlang dan seterusnya menarik minat kelab-kelab gergasi eropah untuk membelinya.

Disebabkan prestasi Euro yang cemerlang jugalah kelab asal pemain-pemain tersebut telah meningkatkan harga jualan berlipat kali ganda, sampai tak tercapai akal nak difikirkan.

Mousa Sissoko

Gambar : Getty Image
Kredit gambar : Getty Image/Jean Catuffe

Kelab asalnya Newcastle United telah tersingkir ke Liga Kejuaraan dan Sissoko telah menyatakan hasratnya untuk kekal bermain di liga utama dunia, sekurang-kurangnya kekal di Liga Perdana Inggeris. Prestasi yang cemerlang sepanjang Euro terutamanya ketika perlawanan akhir tempoh hari menyaksikan Arsene Wenger berminat untuk mendapat pemain tengah ini.

Newcastle telah meletakkan harga GBP 30 juta untuk pemain ini, tetapi mungkin Rafa Benitez tidak akan suka jika pemain ini tiada di St. James Park.

Dimitri Payet

France's forward Dimitri Payet celebrates scoring the 3-2 during the international friendly football match between France and Russia at the Stade de France in Saint-Denis, north of Paris, on March 29, 2016. AFP PHOTO / FRANCK FIFE / AFP / FRANCK FIFE (Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)
Kredit gambar : Metro.co.uk

Prestasi cemerlang Payet bukanlah setakat di Euro, malah bermula dari perlawanan pertama bersama West Ham United dalam liga pada musim lalu lagi, tetapi yang benar-benar membuka mata pengendali bola sepak dunia ialah gol-golnya di Perancis yang membuktikan bahawa Payet mampu untuk bersaing di peringkat tertinggi.

Harga Payet? Semalam West Ham telah meletakkan harganya pada GBP100 juta. Agak-agak layak ke Payet untuk harga tersebut?

Antoine Griezmann

Kredit Gambar : Getty image
Kredit Gambar : Getty image/Ian MacNicol

Penjaring terbanyak dan pemain terbaik Euro 2016 ini telah cemerlang bersama Atletico Madrid sepanjang musim lalu dan Manchester United dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain kecil molek genit ini untuk dibawa ke Old Trafford. Adakah pemain ini mampu untuk bersaing di Liga Inggeris?

Dengan nilai komersial yang tinggi, pemain ini mungkin akan dijual oleh Atletico sekiranya tawaran bernilai GBP40 juta diberi.

N’Golo Kante

kante
Kredit gambar : Getty Image/Anadolu Agency

Kuda jantan Leicester City ini mencipta nama bersama The Foxes pada musim ajaib musim lepas. Berlari di segenap inci padang bagaikan seorang pengadil yang mempunyai 4 paru-paru. Prestasinya di Perancis juga boleh dikatakan cemerlang dan Chelsea dan Arsenal adalah antara peminat pemain ini.

Kalau nak diikutkan, nilai pemain ini mungkin boleh mencapai GBP30 juta, tetapi sayang, Leicester City telah meletakkan klausa perlepasan hanya pada GBP20 juta.

Birkir Bjarnason

Digelar Thor kerana wajahnya mirip watak Marvel (Gambar : FourFourTwo)
Digelar Thor kerana wajahnya mirip watak Marvel (Kredit gambar : FourFourTwo)
Mungkin tidak ramai yang mengenali pemain yang digelar Thor ini tetapi prestasinya bersama Iceland sepanjang Euro amat mengagumkan. Namanya tersemat dalam sejarah sukan Iceland apabila menjadi penjaring gol pertama buat negara pulau tersebut dalam kejohanan besar.
Bjonarson juga telah bermain setiap minit buat Iceland di Euro dan kehebatannya mengekang basrisan tengah England mungkin akan membuka hatinya meninggalkan Basel.

Baca Juga

Baca Juga