Peguam Mahu Juventus Bayar €50 Juta Kerana Tidak Turunkan Ronaldo vs K-League All-Stars

Seorang peguam di Korea Selatan telah membuat tuntutan supaya Juventus membayar pampasan sebanyak €50 Juta kerana tidak menurunkan bintang pujaan dan idaman ramai Cristiano Ronaldo dalam perlawanan persahabatan.

Gergasi Italy Juventus beraksi di Korea Selatan dalam aksi pemanas badan pra musim berhadapan dengan pasukan yang menghimpunkan Bintang K-League di World Cup Stadium di Sangam-dong, Seoul.

Cristiano Ronaldo telah menghampakan peminat bola sepak Korea Selatan apabila tidak turun beraksi dalam perlawanan tersebut dan diboo serta diejek oleh peminat sepnajang perlawanan.

Ronaldo dilaporkan akan bertemu peminat dan bermain selama 45 minit dalam perlawanan ini namun itu semua tidak berlaku kerana Ronaldo kelesuan.

Menurut media Korea Selatan, Juventus tiba 5 jam sebelum perlawanan dan tidak menghadiri sesi bersama peminat selepas 12 tahun mereka menunggu.

Juventus juga telah tiba lewat di stadium selepas waktu sepak mula dan memaksa perlawanan ditangguhkan sejam dan Ronaldo tidak bermain.

Ronaldo juga tidak bermesra dengan dan terus meninggalkan stadium. Kau dah maki ejek dan boo sepanjang perlawanan nak suruh orang bermesra.

KFA (Korean Football Confederation) mengesahkan ada perjanjian khas dalam jelajah Juventus ke Korea Selatan, di mana Cristiano Ronaldo akan bermain sekurang-kurangnya 45 minit.

Perkara itu telah membuatkan ramai peminat bola sepak di Korea Selatan membeli tiket perlawanan pertunjukkan itu.

“Isu utama di sini, Juventus memberikan jaminan bahawa Cristiano Ronaldo akan bermain sekurang-kurangnya 45 minit, itu termaktub dalam kontrak. Tetapi pemain itu tak beraksi langsung walaupun seminit.’

“Juventus pula, langsung tidak mengeluarkan sepatah kata permohonan maaf sekalipun. Mereka langsung tiada penjelasan tentang apa yang berlaku. Mereka langsung tidak meminta maaf di atas kelewatan mereka dan juga di atas permintaan (bermain 40 minit dalam 1 half) yang kami anggap satu penghinaan.’

“KFA tidak boleh menerima tindakan Juventus yang sangat mengecewakan. KFA mengharapkan Juventus memberikan penjelasan, tetapi mereka berterusan memberikan alasan dan tidak bertanggungjawab. Mereka hanya menyalahkan keadaan trafik dan juga jadual perlawanan.”

KFA nyata kecewa dengan sikap lepas tangan Juventus dan menggelar Juventus sebagai pembohong.

“Pada 17 Jun, KFA dan penganjur perlawanan persahabatan telah memuktamadkan perjanjian dengan Juventus di pejabat KFA bersama penaja-penaja yang lain. Ketika itu KFA bertanya kepada Juventus, adakah ia menjadi satu kesulitan jika KFA meminta Cristiano Ronaldo bermain lebih 45 minit?”

“Pihak pegawai Juventus memberikan jaminan dan kami memeterai perkara itu dalam kontrak.”

“Kami sudah menganjurkan banyak sekali jelajah antarabangsa ke negara kami dan kami tidak risau tentang laluan penerbangan. Kami sudah ada persediaan untuk berhadapan dengan masalah kelewatan penerbangan.”

“Namun janji Juventus ternyata satu pembohongan, dan mereka langsung tidak meminta maaf di atas pembohongan ini.”

Selepas kecaman daripada KFA, kisah ini tidak lagi berakhir apabila seorang peguam bernama Kim Min-ki menuntut si Perempuan Tua membayar pampasan sebanyak €50 juta.

Kos ganti rugi ini meliputi harga tiket ditambah dengan ‘Kesengsaraan Mental’ yang dihadapi oleh semua 60,000 mereka yang hadir ke stadium ekoran kegagalan Juventus menurunkan Cristiano Ronaldo.

Jumlah €50 juta ini berdasarkan nilai setiap tiket yang berharga €52.40 dan dan komisen tiket €0.77 ditambah dengan nilai €760 untuk setiap peminat yang mengalami kerana mengalami kesengsaraan mental.

Walaupun tuntutan ini sangat mengarut dan Kim Min-ki yang dilaporkan seorang peguam di K-league memberi penjelasan dalam sidang medianya.

“Orang ramai telah membayar wang tiket hanya untuk melihat Cristiano Ronaldo.”

“Dalam mesyuarat semua ini telah dipersetujui dan kami telah membuat perjanjian dengan Juventus bahawa beliau akan bermain sekurang-kurangnya 45 minit.”

“Disebabkan perkara ini tidak berlaku, kami harus membayar balik kepada peminat kerana membuat iklan yang mengelirukan dan memaksa kami untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Juventus.”

Baca Juga

Baca Juga