Pelabur dari Dubai dilaporkan sudah bersedia dan merancang mahu melakukan bidaan sebanyak $5 Bilion (£4.33 bilion) bagi membeli pegangan majoriti untuk menjadi pemilik Liverpool.
Fenway Sports Group (FSG) sebelum ini tanpa berselindung telah dilaporkan mahu melepaskan pegangan majoriti mereka ke atas Liverpool kepada pembeli yang memenuhi terma dan syarat yang mereka tetapkan.
Menurut laporan daripadab Arabian Business, ini akan menjadi bidaan kali kedua dari syarikat pelaburan Dubai itu untuk membeli Liverpool selepas gagal pada percubaan pertama pada 2007.
Dubai International Capital (DIC) “hampir menandatangani” untuk pengambilalihan kelab pada 2007 dengan harga $360 juta sahaja, kata bekas bos DIC itu kepada Arabian Business.
Investors in Dubai could be eyeing a purchase for Liverpool FC. The Middle East is already home to several football club owners. Learn more: https://t.co/dakka5VmJ9 #Dubai #LiverpoolFC
— ArabianBusiness.com (@ArabianBusiness) November 8, 2022
Kini Dubai International Capital (DIC) sekali lagi dilaporkan bersedia untuk membida Liverpool pada harga $5 Bilion (£4.33 bilion).
Yang mungkin menjadi halangan pasti bukan harga tetapi berbalik kepada asal-usul Dubai International Capital (DIC) dari Timur Tengah yang sukar disambut oleh Fenway Sports Group (FSG).
Fenway Sports Group (FSG) dilihat seperti lebih berminat untuk mengAmerikakan Premier League dan mahu menjual kelab itu kelab pelabur dari Amerika Syarikat berbanding Timur Tengah.
Jurgen Klopp juga lantang mengkritik pasukan yang dimiliki oleh pemilik yang berasal dari Timur Tengah sebelum ini.
📰{NEWS}📰
Dubai International Capital have some serious funds behind them if reports of a second Liverpool bid are accurate #LFC https://t.co/XjhxgdogaH
— Empire of the Kop (@empireofthekop) November 9, 2022
Menurut laporan, pada tahun lepas, Fenway Sports Group (FSG) telah pun menolak tawaran bernilai £3 bilion daripada sekumpulan pelabur di Timur Tengah.
Dubai International Capital (DIC) mempunyai aset terurus bernilai $13 bilion, menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Greenwich – hanya kurang $4 bilion daripada nilai bersih pemilik Manchester City Sheikh Mansour sebanyak $17 bilion.
Selain pembeli dari Dubai, pelabur Timur Tengah dan Amerika yang lain juga telah dilihat sebagai pembeli berpotensi, memandangkan keinginan mereka yang kuat untuk menorka potensi yang ada di Premier League yang merupakan liga bola sepak terkaya di dunia.
Pelabur dari Timur Tengah yang mempunyai sumber kewangan yang tidak terbatas sudah pun menjadi empunya kepada beberapa kelab bola sepak Inggeris dan Eropah.
🇦🇪🔴 Dubai International Capital is weighing up a bid for Liverpool, according to reports in the Middle Easthttps://t.co/YSvoiVbjWA
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 8, 2022
Yang paling terkini adalah Newcastle United FC telah dibeli oleh Dana Pelaburan Awam gergasi Arab Saudi pada 2021.
Manchester City FC dimiliki oleh Kumpulan Bola Sepak Kota Abu Dhabi, yang dibeli pada 2008, manakala Qatar Sports Investments membeli Paris Saint-Germain FC pada 2011.
Harga untuk membeli kelab bola sepak hanya terus meningkat dan meningkat terutamanya membabitkan pasukan Inggeris ditambah pula yang kaya dengan sejarah.
Pada bulan Mei, Chelsea dijual dengan harga $4.9 bilion, tetapi beberapa penganalisis telah meramalkan bahawa Liverpool boleh memperoleh harga yang lebih tinggi.
“Penjualan Liverpool boleh mencecah melebihi $5 bilion, dengan kelab menjana lebih $160 juta daripada tawaran penajaannya untuk musim 2022-23 sahaja,” kata Conrad Wiacek, ketua analisis sukan di GlobalData.
🚨 BREAKING: FSG have been already approached by at least one potential buyer to buy Liverpool. Forbes value the club at $4.45bn. [Financial Times] pic.twitter.com/u2UZdOTZKD
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) November 7, 2022
Sebelum ini Fenway Sports Group (FSG) pernah mahu menjual Liverpool tetapi memutuskan untuk terus bersama Liverpool dan telah meraih kembali kegemilangan mereka.
Kumpulan itu memiliki Liverpool sejak Oktober 2010, apabila ia membeli kelab itu daripada George Gillett Jr. dan Tom Hicks.
Liverpool melantik Jurgen Klopp sebagai pengurus. Mereka memenangi kejuaraan Liga Perdana pertama mereka pada 2019-20, yang juga kejuaraan pertama mereka selama 30 tahun.
Mereka juga memenangi Piala FA, Piala Carabao dan Liga Juara-Juara.
𝗘𝘅𝗰𝗹𝘂𝘀𝗶𝘃𝗲: FSG has put Liverpool up for sale.
A full sales presentation has been produced for interested parties. #LFC
More from @David_Ornstein
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) November 7, 2022
Semasa pemilikan FSG, Anfield telah diubah, dengan Stand Utama baharu bernilai £110 juta, manakala Anfield Road Stand sedang dibangunkan semula. Projek bernilai £80 juta itu akan disiapkan pada musim panas akan datang dan meningkatkan kapasiti kepada sekitar 61,000.
FSG juga telah mengawasi perpindahan kelab dari Melwood ke kemudahan latihan baharu yang bernilai £50 juta di Kirkby.
Fenway Sports Group (FSG) tidak menolak untuk menjual Liverpool jika pembeli berpotensi memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh mereka dan berapa harganya masih lagi misteri setakat ini.