Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN/NFDP)

Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN)merupakan satu pelan jangka panjang, di mana fasa pertama akan bermula dari tahun 2014 sehingga 2020 dan fasa kedua bermula dari tahun 2021 sehingga 2030.

Buat pertama kalinya, program pembangunan bola sepak akan berpandukan kepada falsafah atau DNA bola sepak negara yang dibentuk dengan mengambil kira cara terbaik yang perlu diamalkan dalam menggilap bakat pemain muda.

DNA bola sepak ini akan diterapkan dalam setiap peringkat latihan PPBN bagi pemain berusia tujuh sehingga 17 tahun di seluruh negara. DNA ini juga akan menjadi asas kepada semua pemegang taruh dalam melunaskan tanggungjawab masingmasing dan membolehkan satu matlamat yang jelas dan sama dijadikan sebagai panduan dalam
melahirkan pemain bola sepak Malaysia bertaraf dunia.

Di bawah PPBN, akses kepada pusat latihan, corak latihan tersusun dan kemudahan yang menepati piawaian akan dipertingkatkan lagi. Selain itu, penambahan jumlah jurulatih dan pertandingan akan dilakukan serentak, secara berperingkat-peringkat. Pusat Latihan MyKids Soccer(tujuh sehingga 12 tahun) akan dijenamakan semula menjadi Akademi Tunas manakala program bola sepak untuk pemain-pemain berumur 12 sehingga 17 tahun pula akan dikendalikan di Pusat-Pusat Latihan Daerah (PLD).

Akademi Bola Sepak Negara di Gambang akan diberi nama baharu, iaitu Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD).Pemilihan nama itu diharap akan menjadi inspirasi bagisemua bakat muda untuk menjadi pemain sehebat Allahyarham Super Mokh suatu hari nanti.

VISI PPBN

Untuk melahirkan ramai pemain bola sepak bertaraf dunia secara konsisten

MISI PPBN

Untuk mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti serta kualiti pemain bola sepak negara.

FASA PPBN

Dalam sejarah bola sepak moden, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi pemangkin kepada kejayaan program pembangunan bola sepak di sesebuah negara. Antaranya ialah persekitaran semula jadi sukan(natural sport surrounding) yang wujud dalam satu masyarakat yang kemudiannya dioptimumkan melalui program pembangunan bola sepak yang rapi seperti di Amerika Syarikat. Ada juga negara yang
telah berjaya mewujudkan satu ekosistem tersusun yang dilaksanakan dengan berkesan seperti di Jepun.

Pokok pangkalnya, pendekatan yang diguna pakai oleh kuasakuasa besar bola sepak di dunia adalah pelan jangka panjang yang memakan masa agak lama untuk membuahkan hasil. Menyedari hakikat itu, PPBN yang dirangka ini merupakan satu perancangan jangka panjang yang disasarkan untuk pemain berusia tujuh sehingga 17 tahun yang akan dilaksanakan secara berperingkat seperti di bawah:

FASA PPBN

PENYEDIAAN PPBN

Menteri Belia dan Sukan juga telah melantik Lim Teong Kim sebagai Pengarah Program
Pembangunan Bola Sepak Negara. Lim merupakan bekas jurulatih pasukan remaja Bayern Munich, salah sebuah kelab terkemuka di dunia. Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam melatih dan bermain bola sepak di Jerman serta Malaysia. Dalam usaha menyediakan PPBN, Lim telah dipertanggungjawabkan untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran beliau untuk memberi nafas baru dalam inisiatif pembangunan bola sepak negara, dengan mengambil kira perbezaan budaya antara Eropah dan Malaysia.

Baca juga : Di Gelar Penyelamat Bola Sepak Negara : Siapakah Lim Teong Kim?

LIM TEONG KIM

TERAS STRATEGIK PPBN

TERAS STRATEGIK PPBN

TERAS STRATEGIK 1
Membentuk Gaya, Meningkatkan Kualiti Dan Membina Kendiri Dengan DNA Bola Sepak Negara

DNA BOLA SEPAK MALAYSIA

POSISI DAN PROFIL PEMAIN (Khusus untuk

KONSEP PERMAINAN

PEMBENTUKAN KENDIRI PEMAIN

TERAS STRATEGIK 2
Mengenal Pasti Dan Membentuk Wira Bola Sepak Negara

LONJAKAN PENYERTAAN PEMAIN DI

LONJAKAN FASA PERTAMA PENAMBAHAN

TERAS STRATEGIK 3
Menyediakan Kemudahan Yang Menepati Piawaian Kepada Semua

PENAMBAHAN BILANGan PUSAT LATIHAN

JUMlah pusat latihan mengikut

TERAS STRATEGIK 4
Meningkatkan Pembangunan Kejurulatihan

www.nsc.gov.my media 2014 08 PPBN.pdf

Jurulatih Bertauliah Untuk bakat muda

TERAS STRATEGIK 5
Mengukuhkan Struktur Pertandingan Di Pelbagai Peringkat

25 sehingga 40 perlawanan kompetitif setiap tahun.

gffgkj

PPBN: Sepintas lalu

PPBNSepintas lalu

Ini merupakan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara versi penuh dan terperinci.

Pautan PDF

Baca Juga

Baca Juga