Pele: Bukan Ronaldo Atau Messi, Aku Yang Terbaik Antara Semua

Pemain lagenda bola sepak terbaik sepanjang zaman, Edson Arantes do Nascimento atau Pele telah menjelaskan bahawa beliau adalah yang terbaik di antara semua pemain bukan Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi.

Perdebatan hangat antara dua pemain hebat dunia yang kini sedang beraksi dalam era yang sama iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo tidak pernah menemui titik noktah dan peminat kedua-dua pemain sentiasa menyataka idola merelah yang terbaik.

Rekod yang dicipta dan kejayaan yang digapai oleh Messi dan Ronaldo bersama kelab tidak perlu dipertikaikan sejak 2009 kedua-dua pemain ini menguasai dan bersilih ganti menjadi pemain terbaik dunia hingga ke hari ini.

Pele buat palatao ke ni dol?

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi telah memiliki 11 gelaran pemain terbaik dunia, Ballon d’Or di mana, Ronaldo memiliki 5 dan Messi pula menang 6 kali. Pele berapa?

Luka Modric telah memecahkan dominasi sedekad Ronaldo dan Messi untuk anugerah Ballon d’Or sebelum Messi kembali meraih gelaran ke-6 tahun lalu.

Manusia terakhir yang menang Ballon d’Or adalah Ricardo Kaka pada tahun 2008 sehinggalah Modric muncul memecahkan kebuntuan.

Perdebatan tak kunjung habis.

Pele tampil memberi pendapat dan idea siapa pemain terbaik dunia ketika ini dan kali ini Pele memilih Ronaldo.

Pada tahun 2017, Lionel Messi menjadi pilihan Pele, dasar lalang?

Tahun 2020 – Ronaldo pemain Terbaik Dunia

Pele seperti kebanyakkan orang tidak menolak hakikat bahawa Lionel Messi dan Ronaldo masih lagi antara pemain tebaik dunia ketika dan sukar untuk memilih siapa yang terbaik.

Namun pada tahun 2020 atas dasar konsistensi sepanjang 10 tahun ini, Pele telah memilih Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik dunia.

“Pemain terbaik dunia pada hari ini adalah Cristiano Ronaldo. Aku rasa dia terbaik kerana konsistensi yang ditampilkan selama 10 tahun ini.”

“Namun kau jangan lupakan Lionel Messi yang tentunya bukan seorang penyerang tulen.”

“Perdebatan ini sangat sukar untuk diberi jawapan.”

Pele juga menyebut nama besar dalam bola sepak yang lain seperti Ronaldo Original, Ronaldinho yang murah senyuman, Zico, Franz Beckenbauer dan Johan Cruyff.

Tetapi bagi Pele walaupun mereka ini sangat hebat tetapi beliaulah yang terbaik dan teragung macam Liverpool.

“Namun korang semua jangan lupa, ada beberapa lagi pemain terbaik seperti Zico, Ronaldinho dan Ronaldo Original.”

“Kalau kat Eropah sana ada nama-nama besar seperti Franz Beckenbauer dan Johan Cruyff.”

“Namun korang jangan salahkan aku, kalau aku cakap, Pele adalah yang terbaik di antara semua.”

Macam Setan juga Pele, tak sebut langsung nama Maradona. Ni betul-betul sembang Pele.

Tahun 2017 – Messi pemain Terbaik Dunia

Agak menarik juga pendapat Pele pada tahun 2020 ini, marilah kita mendengar sembang Pele pada tahun 2017 yang jelas telah memilih Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia.

“Cristiano Ronaldo sangat cemerlang tetapi Adol seorang penjaring, seorang penyerang.”

“Messi tidak kurang bagusnya dalam menjaringkan gol tetapi Messi ni lebih kepada merencanakan sebuah pasukan.”

“Bagi aku dua orang anak muda ni ok dan sangat menakjubkan tetapi korang tak boleh membuat perbandingan.”

Pele ni nak pilih sape?

Pele telah mengakui bahawa Ronaldo sebagai pemain terbaik dalam satu kenyataan yang dibuat pada awal tahun 2017.

“Adol merupakan pemain yang hebat dalam tempoh 2-3 tahun ini dan Adol juga pemain terbaik di Eropah.”

“Aku fikir pada saat dan ketika ini Ronaldo pemain terbaik.” Ujar Pele dalam satu kenyataan awal tahun 2017.

Namun pada bulan Oktober 2017, Pele telah memilih Messi pula pemain terbaik dalam tempoh 15 tahun dan sembang Pele ini telah dirakam.

“Bagi aku dalam tempoh 15 tahun ini, tidak perlu sangsi dan gusar bahawa MESSI merupakan pemain terbaik.”

Mungkin penulis salah faham dengan apa yang diutarakan oleh Pele ini, korang rasa?

Awal 2017 – Ronaldo terbaik.

Oktober – 2017 – Messi terbaik.

2020 – Ronaldo tebaik.

Pada tahun 2017, selepas melihat video Pele yang memilih Messi sebagai pemain terbaik peminat Ronald telah meluahkan isi hatinya.

Jangan predict lagi ye Pele

“Pele, aku ada 10 jari tangan Aku ada 10 jari kaki.. Semua ni kau boleh sakitkan.. Tapi kenapa kau mesti pilih HATI aku untuk kau sakitkan ??Aku cuma ada satu jer HATi ni. Kenapa ko pilih Messi.” Ujar peminat tegar Ronaldo Kevin Jay (Bukan nama sebenar) sambil teriok teresak-esak.

Entah la siapa yang pening sekarang? Penulis atau Pele?

Lionel Messi – Alien dari angkasa lepas.
Cristiano Ronaldo – Asal dari Portugal penduduk bumi.

Siapa Pele? Subuh Baru Cabut?

Edson Arantes do Nascimento atau dikenali juga sebagai Pele merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah bolasepak, beliau juga lagenda yang dinobatkan sebagai pemain bolasepak terbaik sepanjang zaman.

Pele dilahirkan pada 23 Oktober 1940 di Três Corações, Minas Gerais, Brazil, anak kepada pemain Fluminense, Dondinho. Dinamakan Edson sempena nama Thomas Edison dan panggilan manja keluarganya Dico.

Edson Arantes do Nascimento mendapat gelaran Pele semasa di bangku sekolah apabila beliau tersalah semasa menyebut nama penjaga gol Vasco da Gama yang merupakan pemain kesayangannya, Bile.

Pele memulakan karier remaja beliau bersama kelab Bauru Athletic Club dari tahun 1953–1956, kemudian memulakan karier senior bersama Santos dari tahun 1956 hingga 1974 sebelum berpindah ke New York Cosmos pada tahun 1975 sebelum bersara pada 1977.

Pele diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam karier seorang pemain bolasepak.

Pele telah menjaringkan 1279 gol dalam 1363 perlawanan bermula 7 September 1956 sehingga 1 Oktober 1977.

IFFHS juga telah mengiktiraf Pele sebagai penjaring gol terbanyak dalam liga dengan 541 gol.

Rekod yang diiktiraf oleh Guinness World Records merupakan rekod rasmi jika dikira gol dalam perlawanan tidak rasmi Pele telah menjaringkan 1283 gol dalam 1366 perlawanan.

Tahun terbaik pele adalah pada 1959 apabila Pele menjaringkan 126 gol dan Milésimo(gol ke-1000) terhasil dari sepakan penalti bersama Santos di Maracanã Stadium, Rio de Janeiro pada 19 November 1960, semasa gol ke-1000 Pele baru membuat 909 penampilan.

BACA:  Aksi Gerak Kaki Lincah Ronaldo Original Tular