Pele: Mbappe Mampu Jadi Seperti Saya

Legenda bola sepak dunia, Edson Arantes do Nascimento atau lebih dikenali sebagai Pele berkata pemain muda sensasi Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe mampu menjadi seperti beliau dengan mengharungi karier yang penuh gemilang.

Pele merupakan ikon bola sepak dunia dan dianggap sebagai pemain paling hebat sepanjang sejarah, tetapi ada juga sesetengah pihak memandang serong anggapan tersebut kerana beliau bermain dalam era dimana tiada undang-undang ‘off-side’.

Muka hampir sama tapi bukan dia

Pele mencipta nama sebagai penyerang digeruni apabila membantu Brazil memenangi Piala Dunia 1968 ketika beliau baru berusia 17 tahun. Ia juga merupakan kali pertama negara tersebut memenangi kejohanan tersebut.

Pele seterusnya berjaya membantu Brazil memenangi dua lagi Piala Dunia iaitu pada edisi 1962 dan 1970 dan menjadi pemain pertama dalam sejarah memenangi pertandingan tersebut sebanyak 3 kali. Pele juga masih memegang rekod sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Brazil dengan menjaringkan 77 gol dari 92 perlawanan.

Di peringkat domestik pula, Pele memenangi 25 trofi sepanjang 18 tahun bermain dengan Santos, termasuk 6 kejuaraan Liga Brazil dan 2 Copa Libertadores.

Disebabkan kejayaan tersebut, Pele diangkat sebagai pemain paling hebat dalam sejarah peradaban manusia. Namun begitu, Raja Bolasepak itu percaya Mbappe mampu mengikut jejak langkah beliau dengan mengukir karier yang gemilang.

Mbappe dalam landasan terbaik menjadi pemain sehebat Pele

Sama seperti Pele, Mbappe berjaya memenangi Piala Dunia ketika masih di usia remaja iaitu 19 tahun. Di peringkat domestik pula, beliau sudah mengumpul pelbagai trofi bersama Paris Saint-Germain dan Monaco.

“Mbappe berjaya memenangi Piala Dunia pada usia 19 tahun, saya pula pada usia 17 tahun. Saya pernah bergurau dengan beliau kerana beliau hampir menyamai pencapaian saya.” Ujar Pele ketika ditemu ramah France Football.

“Saya rasa Mbappe mampu jadi Pele yang baru! Banyak yang cakap saya bergurau apabila berkata demikian, tetapi sebenarnya ia bukan satu gurauan.”

Mbappe menjadi pemain termuda dalam sejarah Monaco apabila  membuat penampilan dalam pasukan utama seawal usia 16 tahun 347 hari ketika masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Caen pada Disember 2015.

Pada musim berikutnya, beliau menjadi pemain utama untuk Monaco dan berjaya membantu kelab tersebut menjuarai Ligue 1 seawal usia 18 tahun.

Pada Mac 2017, Mbappe melakukan debut bersama pasukan kebangsaan Perancis apabila beliau masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Luxembourg dalam pusingan kelayakan Piala Dunia, ketika beliau berusia 18 tahun 95 hari.

Mbappe menerima hadiah berupa jersi Santos dari Pele

Karier Mbappe terus meningkat dalam musim berikutnya. Beliau berpindah ke Paris Saint-Germain dalam perjanjian pinjaman dan membantu kelab tersebut memenangi treble dalam musim pertamanya.

Tidak cukup dengan itu, Mbappe terus menggemparkan dunia apabila beraksi cemerlang di Russia untuk membantu negaranya memenangi Piala Dunia 2018. Mbappe menjaringkan 4 gol sepanjang kejohanan dan dinobatkan sebagai pemain muda terbaik kejohanan.

BACA:  Pele Beri Kata-kata Semangat Pada Mbappe Selepas Kegagalannya Menyempurnakan Sepakan Penalti Bertemu Switzerland