Pele Penjaring Gol Terbanyak Dalam Sejarah Bolasepak

Edson Arantes do Nascimento atau dikenali juga sebagai Pele merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah bolasepak, beliau juga lagenda yang dinobatkan sebagai pemain bolasepak terbaik sepanjang zaman.

Pele dilahirkan pada 23 Oktober 1940 di Três Corações, Minas Gerais, Brazil, anak kepada pemain Fluminense, Dondinho. Dinamakan Edson sempena nama Thomas Edison dan panggilan manja keluarganya Dico.

pele_joy_eusebio

Edson Arantes do Nascimento mendapat gelaran Pele semasa di bangku sekolah apabila beliau tersalah semasa menyebut nama penjaga gol Vasco da Gama yang merupakan pemain kesayangannya, Bile.

Dalam autobiographinya Pele menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakan tidak makna di sebalik nama Pele.

Pele memulakan karier remaja beliau bersama kelab Bauru Athletic Club dari tahun 1953–1956, kemudian memulakan karier senior bersama Santos dari tahun 1956 hingga 1974 sebelum berpindah ke New York Cosmos pada tahun 1975 sebelum bersara pada 1977.

Pele Penjaring Gol Terbanyak Dalam Sejarah Bolasepak

Pele diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam karier seorang pemain bolasepak. Pele telah menjaringkan 1279 gol dalam 1363 perlawanan bermula 7 September 1956 sehingga 1 Oktober 1977.

IFFHS juga telah mengiktiraf Pele sebagai penjaring gol terbanyak dalam liga dengan 541 gol. Rekod yang diiktiraf oleh Guinness World Records merupakan rekod rasmi jika dikira gol dalam perlawanan tidak rasmi Pele telah menjaringkan 1283 gol dalam 1366 perlawanan.

rekod-pele

Tahun terbaik pele adalah pada 1959 apabila Pele menjaringkan 126 gol dan Milésimo(gol ke-1000) terhasil dari sepakan penalti bersama Santos di Maracanã Stadium, Rio de Janeiro pada 19 November 1960, semasa gol ke-1000 Pele baru membuat 909 penampilan.

pele-wikipedia

Penjaring Gol Terbanyak Secara Tidak Rasmi

Artur Friedenreich pemain kelahiran Brazil telah menjaringkan 1329 gol dalam tempoh 26 tahun kerjayanya diantara tahun 1909 sehingga 1935. Artur Friedenreich menjaringkan lebih banyak gol dari Pele tetapi tiada dokumen yang dapat mengesahkan bilangan tersebut.

Secara tidak rasminya Artur Friedenreich merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman tapi tanpa dokumen sokongan boleh diibaratkan seperti sembang kencang saja.

arthur-friedenreich
Artur Friedenreich

James McGrory dari kelab Glasgow Celtic merupakan penjaring gol terbanyak di Liga Bolasepak di British dengan 550 gol, 410 dijaringkan dalam perlawanan Liga Scotland dari tahun 1922 sehingga 1938.

James McGrory
James McGrory

George Arthur Rowley yang bermain bersama West Bromwich Albion, Fulham, Leicester City dan Shrewsbury Town merupakan penjaring terbanyak dalam perlawanan liga dengan 434 jaringan. Jaringan itu dilakukan antara tahun 1946 sehingga April 1965.

George Arthur Rowley
George Arthur Rowley

Setakat ini dulu kisah Pele ini. Pada pandangan penulis Fakri Saarani merupakan harapan pemain zaman moden yang dilihat mampu untuk memecahkan rekod Pele.

Sumber : Guinness World Records dan Wikipedia

Baca Juga

Baca Juga