Pellegrini: Klopp Dah Biasa Menang Dengan Gol Offside

Pengurus West Ham United, Mauricio Pellegrini mendakwa Jurgen Klopp sudah ‘terbiasa’ memenangi perlawanan bola sepak dengan bantuan gol ‘offside’.

Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, West Ham berjaya mengikat Liverpool di tempat sendiri dengan keputusan 1-1 seterusnya menafikan impian Liverpool untuk membawa pulang 3 mata.

Ko tak puas hati apa lagi Kulop ? Dah la Milner offside. Mujur la Origi tu kaki bangku, kalau tak dua-dua gol offside. Phuiii

Liverpool terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi jaringan pemain antarabangsa Senegal, Sadio Mane pada minit ke-22 hasil umpanan daripada James Milner. Ulang tayang menunjukkan Milner sebenarnya berada dalam keadaan offside ketika menerima bola dan gol tersebut tidak sepatutnya dikira.

Walaupun pengadil gagal mengenal pasti gol offside Liverpool, ia tidak menjejaskan semangat West Ham untuk mencari gol penyamaan. Hasilnya, pada minit ke-28, The Hammers berjaya mengikat kedudukan hasil jaringan pemain tengah Michail Antonio.

Liverpool  melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu West Ham pada babak kedua dan mereka hampir menjaringkan gol kemenangan menerusi Divock Origi  tetapi pemain tersebut gagal memanfaatkan peluang yang dimilikinya.

Jika Origi berjaya menyempurnakan gol tersebut, sudah tentu ia akan menjadi satu lagi gol kontroversi daripada Liverpool kerana Origi juga berada dalam keadaan offside ketika menerima bola.

Pengurus West Ham, Mauricio Pellegrini nyata kurang gembira dengan persembahan pengadil yang gagal mengenal pasti gol offside Liverpool.

Beliau juga memberi contoh perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di antara Malaga menentang Borussia Dortmund pada masa lepas sebagai contoh Klopp mendapat bantuan pengadil untuk memenangi perlawanan.

“Tidak penting apa yang Klopp katakan, kerana beliau sudah biasa menang dengan bantuan gol ‘offside’.”

“Beliau menewaskan pasukan Malaga saya ketika menguruskan Borussia Dortmund dengan gol yang offside sejauh 7 meter. Jadi Klopp tidak sepatutnya complain apa-apa.”

Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah Malaga menentang Dortmund pada tahun 2013. Dortmund menang sebab gol offside !

“Liverpool berjaya menjaringkan gol hasil bantuan pemain yang offside 1 meter. Dan pada minit terakhir perlawanan, Origi betul-betul berada di hadapan penjaga garisan dan beliau juga offside 1 meter.”

“Saya pernah cakap sebelum ini yang kami perlu memenangi perlawanan ini untuk peminat kami. Dan kami juga perlu menang sekiranya kami ingin membantu Manchester City yang juga bekas kelab saya.”

“Mungkin sebab itulah pengurus pasukan Liverpool tidak begitu menggemari keputusan perlawanan tadi.”

Mengenai persembahan anak buahnya, Pellegrini menzahirkan perasaan gembiranya dengan tindak balas pemain West Ham selepas tewas 3 perlawanan terakhir mereka.

“Saya amat gembira dengan persembahan kerana saya rasa mereka menunjukkan permainan yang amat baik. Tetapi saya agak kecewa dengan keputusan perlawanan kerana Liverpool menjaringkan gol yang terang-terangan offside.”

Baca Juga

Baca Juga