Peluang-Peluang Dibazirkan Liverpool vs Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter

Liverpool telah tersungkur dengan penuh kehinaan dari saingan suku akhir Champions League di kaki Real Madrid selepas mencanang-canang mampu melakukan kebangkitan dengan semangat Istanbul aku datang.

Begitulah Liverpool yang terlalu mengagungkan diri sendiri dan memuji diri sendiri secara berlebihan serta mahu orang lain mengakui bahawa merekalah yang terhebat dan tidak terkalahkan.

Dibangga-bangga dengan Badge of honour dan kebangkitan ke atas Real Madrid akan menjadikan lencana ketujuh akan diraih tetapi ada satu perkara mereka lupa.

Real Madrid tidak pernah berbangga dengan 13 kali bergelar juara Champions League dan gelara ke-11,12,13 diraih secara hatrik.

Semua ini menjadi percakapan dunia bola sepak secara automatik tanpa perlu Real Madrid memuji diri sendiri, biar dunia yang bercakap.

Berbeza bukan kehebatan semulajadi dan kehebatan buatan dan jadi-jadian, memaksa orang mengakui mereka hebat padahal tidak, itulah Liverpool.

Dalam kekalahan kepada Real Madrid, ramai menyatakan bahawa, Liverpool banyak membazirkan peluang pada separuh masa pertama dan kedua.

Separuh Masa Pertama

1. Minit ke-2: Hantaran Sadio Mane kepada Mohamed Salah yang gagal disempurnakan dengan lebih sopan, mudah dikeluarkan oleh Thibaut Courtois. Masa ni Salah masih mampu tersenyum.

2. Minit ke-11: Hantaran Roberto Firmino tidaklah cantik namun rembatan James Milner itu pada memaksa Thibaut Courtois melakukan aksi menyelamat bertaraf dunia.

3. Minit ke-41: Sekali lagi Sadio Mane menghantar bola kepada Mohamed Salah selepas menerima hantaran jauh Giorginio Wijnaldum namun lencongan yang cuba dilakukan dengan kaki kiri tidak menjadi.

4. Minit ke-42: Gerakan solo Trent-Alaxender Arnold dari tengah namun sangkut tetapi nasib menyebelahi bola dapat kembali tolak kepada Wijnaldum dan dirembat tinggi.

5. Minit ke-45+1: Hantaran Trent-Alaxender Arnold kali ini mencari Sadio Mane, kawalan tak cantik dan tergelincir, nak minta penalti? Kira peluang jugak ke lagu ni?

Separuh Masa Kedua

1. Minit ke-46: Trent-Alaxender Arnold lagi kali mencari Roberto Firmino dan telah melepaskan rembatan padu namun berjaya ditepis oleh Thibaut Courtois. Ini agak baik.

2. Minit ke-47: Kira peluang dicipta juga la lagu ni kan?

3. Minit ke-68: Mohamed Salah terlalu lama berfikir mungkin tengah loading kerana line internet perlahan lalu menjadi teragak-agak, gerakan tercetus pun dalam keadaan kelam kabut.

4. Minit ke-70: Kira peluang dicipta juga la,rembatan Roberto Firmino mudah dihadang.

5. Minit 90+2 : Cantik lorongan Thiago Alcantara untuk Mohamed Salah, tiada sudut cantik untuk Salah mencuba dan tiada bantuan untuk hantaran dilakukan kerana Thibaut Courtois pantas keluar menerpa.
.

Kau tengok la video kat ni, peluang dicipta itu ada tapi peratusan untuk gol dijaringkan terlalu rendah kecuali 2-3 peluang dan hampir tiada peluang yang jelas.

Ni la akibat bola main bola tak pandai mengaku hebat.

Separuh akhir kedua: Liverpool 0-0 Real Madrid (Agg. 1-3)

Tugas amat berat menanti Liverpool untuk layak ke separuh akhir Champions League musim ini selepas tewas 3-1 pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Alfredo Di Stefano.

Liverpool merupakan contoh terbaik pasukan yang mampu melakukan kebangkitan di pusingan kalah mati Eropah dan contoh yang terbaik ketika bangkit menewaskan Barcelon selepas tewas 3-0 pada perlawanan pertama.

James Milner (35 tahun 100 hari) menjadi pemain Liverpool paling tua yang beraksi untuk kesebelasan utama di Eropah sejak Ian Callaghan (35 tahun 353 hari) pada 1978 menentang Borussia Mönchengladbach.

Liverpool bermula dengan sangat garang dan sudah hampir di depan usai perlawanan bermula, Thibaut Courtois berjaya menghalang percubaan Mohamed Salah dengan kakinya.

Pada minit ke-10, James Milner melakukan satu percubaan cantik dari luar kotak penalti namun berjaya diselamatkan oleh tepisan keluar tangan besi Thibaut Courtois.

Liverpool terus menekan dan menekan namun semakin lama menekan semakin tidak menyengat serangan dilancarkan Liverpool dan Real Madrid semakin tenang menelan tekanan.

Percubaan Kareem Benzema tampak bersahaja dan tidak berbahaya namun telah diselamatkan oleh tiang dan hampir menjarakkan defisit gol.

Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan, walalupun Liverpool dilihat banyak menyerang namun hanya dua sahaja percubaan tepat berjaya dilakukan.

Secara logiknya semakin kurangnya masa permainan semakin sukar untuk Liverpool bangkit dan mungkin 10 minit terakhir akan muncul 4 gol.

Kegarangan Liverpool berkadaran terus dengan masa, semakin lama permainan semakin kurang kegarangan Liverpool dan aura kebangkitan tidak dapat dirasakan.

Selepas 15 minit babak kedua tiada gol yang dicari kunjung tiba dan Jurgen Klopp menambah rencah dengan mengeluarkan James Milner dan Ozan Kabak.

Thiago Alcantara dan Diogo Jota dimasukkan bagi menambah kegarangan di jentera hadapan, Real Madrid tenang sahaja mempamerkan aksi asas bola sepak.

Dengan permainan berbaki 15 minit tiada lagi gol daripada Liverpool dan Real Madrid pula dilihat tidak bernafsu untuk menjaringkan gol.

Mungkin Real Madrid risaukan keselamatan mereka jika menambah dua tiga lagi gol kerana bas pasukan Real Madrid telah dirosakkan dalam perjalanan ke Anfield.

Sehingga tamat masa kecederaan yang diberikan oleh pegawai perlawanan tiada gol daripada kedua-dua pasukan dan perlawanan tamat keputusan 0-0.

Real Madrid mara ke separuh akhir dengan agregat 3-1 dan akan bertemu satu lagi pasukan Premier League, Chelsea yang mungkin lebih hebat dan mencabar.

Laungan Istanbul aku datang sejak awal musim bersandarkan kepada kenangan kebangkitan Istanbul kini tinggal kenangan dan semangat itu gagal diulangi.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Phillips, Kabak, Robertson, Milner, Fabinho, Wijnaldum, Salah, Firmino, Mane.

Subs: Thiago, Keita, Adrian, Oxlade-Chamberlain, Jota, Tsimikas, Shaqiri, Ben Davies, Rhys Williams, Harvey Davies, Cain, Clarkson.

Real Madrid: Courtois, Valverde, Eder Militao, Nacho, Mendy, Modric, Casemiro, Kroos, Asensio, Benzema, Vinicius Junior.

Subs: Marcelo, Lunin, Odriozola, Isco, Mariano, Rodrygo, Altube, Park, Arribas, Chust.

Referee: Bjorn Kuipers (Holland).

Suku akhir pertama: Real Madrid 3-1 Liverpool

Saingan peringkat suku akhir kejohanan paling agung di Eropah kembali meneruskan saingan dengan dua perlawanan dahulu berlangsun Real Madrid vs Liverpool dan Manchester City vs Borussia Dortmund.

Perlawanan antara Real Madrid menentang Liverpool sudah pasti menjadi pilihan ramai kerana perlawanan ini berlangsung pada waktu yang sama dengan perlawanan Manchester City vs Borussia Dortmund.

Ini merupakan pertemuan pertama Liverpool dan Real Madrid selepas final Champions League 2018 yang penuh drama dan emosi, semuanya kerana insan bernama Sergio Ramos.

Kerosakan bahu, gegaran otak dan linangan air mata ditumpahkan dan semua perbuatan ini diletakkan ke atas bahu Sergi Ramos yang tidak beraksi kali ini.

Jurgen Klopp menyatakan ini bukan satu perlawanan pembalasan dendam dan dendam tiada dalam kamus hidupnya yang sedang bermotivasi tinggi.

Perlawanan berlangsung di Stadium Alfredo Di Stefano yang merupakan padang latihan dan veneu pasukan Real Madrid B yang hanya mampu memuatkan 8 ribu penyokong jika ada.

Santiago Bernabeu tidak digunakan bukan kerana Liverpool sebuah pasukan yang hina tetapi kerana proses pengubahsuaian mega sedang dijalankan.

Macam biasa Liverpool akan mempamerkan permainan pressing mereka yang saban hari semakin tidak berkesan dan Real Madrid bermain dengan penuh ketenangan maklum la main di padang latihan.

Real Madrid bermain mudah dengan membuat hantaran panjang dan berjaga-jaga untuk mematahkan perangkap offside Liverpool dan beginilah dua gol terhasil.

Vinicius Junior meletakkan Real Madrid di depan pada minit ke-27 selepas menyempurnakan hantaran panjang gelembungan buaya daripada Tony Kross.

Hantaran padu sejauh 50 ela dari Toni Kroos itu menjadi bualan dunia bola sepak dan apa yang perlu dilakukan Vinicius Junior adalah menyudahkannya.

Kurang 10 minit kemudian, Tony Kroos membuat satu lagi hantaran lambung yang gagal mencari rakan dan menemui right-back terbaik dunia, Trent Alexander-Arnold yang pasti mudah dipatahkan.

Namun sebaliknya terjadi apabila Trent Alexander-Arnold telah melakukan satu assist kepada Marco Asensio yang mendapat nama gelaran Sapawi Spain.

Bantuan Trent Alexander-Arnold dimanfaatkan sepenuhnya Sapawi Spain yang mengayamkan, Allison Becker sebelum mudah menolak masuk bola tanda satu penghinaan.

Trent Alexander-Arnold dipuji melambung-lambung selepas cemerlang ketika menentang Arsenal dan Gareth Southgate turut diserang kerana tidak memilih pemain itu.

kini Gareth Southgate tidak perlu mengeluarkan apa-apa kenyataan kenapa Trent Alexander-Arnold tidak dipilih. Kerana kehebatan Trent Alexander-Arnold hanya dimulut penyokong Liverpool sahaja.

Buat pertama kali sejak November 2014, Liverpool gagal mencatatkan sebarang percubaan pada separuh masa pertama di Champions League dan ketika itu mereka menentang Real Madrid juga.

Penguasaan bola yang selalu menjadi kebanggaan penyokong Liverpool bukan main sampai 54 peratus tapi tiada percubaan.

Percubaan Diogo Jota telah dihadang oleh Luka Modric dan malangnya bola terbias menemui Mohames yang tidak dikawal lalu terus disudahkan dengan gol pertama Liverpool.

Penjaga garisan tidak mengangkat bendera menandakan gol itu sah tanpa sebarang keraguan.

Serangan balas dilakukan Real Madrid mewujudkan situasi 2 lawan 2 tapi sayang hantaran Marco Asensio mencari Vinicius Junior berjaya dihalang Trent Alexander-Arnold yang hebat.

Berpunca daripada lontaran ke dalam kepada Karim Benzema yang membuat satu sepakan pendek kepada Luka Modric yang terus mancari Vinicius Junior untuk gol ketiga dengan sepakan leret dan lemah.

Dengan tiga gol dikaki, Real Madrid terus dengan permainan seperti aksi latihan sahaja dan berpeluang untuk menambah jaringan namun banyak sangkut hantaran akhir kerana terlalu bersahaja.

Tiada clean sheet untuk gandingan pertahanan paling mantap Liverpool yang dipuja-puja sebelum ini, Ozan Kaba dan Nathaniel Philips.

Tiada gol tambahan yang berjaya dijaringkan selepas tamatnya empat minit masa kecederaan yang diberikan oleh pengadil perlawanan.

Kemenangan ini meletakkan Real Madrid sebaris dengan Benfica sebagai pasukan paling banyak menewaskan Liverpool dengan masing-masing mengumpul empat kemenangan.

Dengan berbekalkan satu gol tempat lawan, peluang untuk Liverpool bangkit masih ada di stadium keramat mereka, Anfield.

Real Madrid (4-3-3) Courtois; Lucas Vazquez, Eder Militao, Nacho, Mendy; Modric, Casemiro, Kroos; Asensio, Benzema, Vinicius Jr.

Substitutes: Lunin, Altube, Marcelo, Valverde, Odriozola, Isco, Mariano Diaz, Rodrygo, Arribas, Chust.

Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Phillips, Kabak, Robertson; Keita, Fabinho, Wijnaldum; Salah, Jota, Mane.

Substitutes: Adrian, Davies, Thiago, Milner, Firmino, Oxlade-Chamberlain, Jones, Tsimikas, Shaqiri, Davies, R Williams, Cain.

Referee Felix Brych (Germany).

BACA:  Van Dijk Seperti Bermimpi Selepas Menjaringkan Gol Dalam Debut Bersama Liverpool
Share on facebook
Share on twitter