Pemain 11 Tahun Beraksi Bersama Pasukan Senior di Liberia

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun telah menjadi bualan dunia bola sepak apabila telah diturunkan untuk beraksi bersama pasukan senior dan kejadian ini terjadi di liga Liberia.

Kanak-kanak tersebut, Eric Marshall telah beraksi bersama FC Gar’ou, kelab yang bermain di liga divisyen keempat dalam piramid bole sepak Liberia.

Memakai kasut sesuai untuk saiz kanak-kanak, Eric Marshall mengenakan baju dan seluar yang jauh lebih besar berbanding fizikalnya sebagai seorang kanak-kanak.

Eric Marshall diletakkan di posisi central midfield dan aksinya sangat mengejutkan kerana tidak menampakkan ciri-ciri permainan daripada seorang kanak-kanak.

Dengan usianya yang sangat mentah dan fizikal yang jauh lebih kecil seperti pirah berbanding pemain senior, Eric Marshall bermain dengan sangat baik dan tidak sesat di padang.

Tidak dapat dipastikan samada pemain semuda ini dibenarkan beraksi bersama pemain senior untuk perlawanan kompetitif tetapi aksinya telah menjadi tular.

Eric Marshall mampu mengawal bola dengan kemas, bertukar hantaran bermain 1-2 malah mampu untuk membuat hantaran lolos.

Eric Marshall langsung tidak kekok dan meminta bola untuk menjalankan tugasnya sebagai central midfield bagi merencana serangan.

Ternyata ramai pihak tidak senang dengan perkara ini dan meminta FC Gar’ou memberikan penjelasan kerana mereka bimbangkan keselamatan pemain berusia 11 tahun itu di padang.

Bagi seorang pengguna Twitter @Scoutsourced berpendatap Eric Marshall sepatutnya beraksi dalam perlawanan 7 sebelah dan bermain dengan pasukan senior bukan cara terbaik.

FC Gar’ou telah bersetuju dengan kenyataan ini dan menjelaskan, kadang kala perkara terjadi secara spontan dan mahu melihat apa yang Eric Marshall mampu lakukan.

Menurut FC Gar’ou lagi, Eric Marshall hampir menjadi manusia super jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Harap ini bukan akaun Twitter rasmi kelab.

Eric Marshall dilaporkan bakal menjadi pemain muda di Liberia Inter High School league dan tempat paling sesuai untuk budak ini sekarang adalah di akademi.

Pemain yang menjadi pemain termuda pernah beraksi di liga profesional adalah Bolivian Mauricio Baldivieso pada usia 12 tahun.

Pada tahun 2009, bapa kepada Bolivian Mauricio Baldivieso yang menjadi pengurus Club Aurora telah memasukkan Bolivian Mauricio Baldivieso sebagai pemain gantian ketika bertemu La Paz.

Lim Teong Kim sebelum ini tidak bersetuju dengan skuad projek FAM-MSN beraksi di Liga Perdana kerana ini satu keputusan tidak masuk akal bagi pembangunan bakat muda dan bakal membunuh perkembangan kerjaya mereka di peringkat muda.

Sebaliknya, beliau mencadangkan pemain skuad projek FAM-MSN beraksi dalam liga bawahan seperti saingan Piala Belia (Bawah 19 tahun) dan Piala Presiden (Bawah 21 tahun).

Bagi Lim Teong Kim skuad pembangunan tidak perlu diletakkan tekanan yang bukan-bukan apatah lagi untuk kanak-kanak berusia 11 tahun.

Baca Juga

Baca Juga