Pemain Adelaide United Mengasari Budak Milo Cetuskan Kekecohan

Sydney FC dan Adelaide United mengharungi perlawanan akhir Piala FFA yang penuh dramatik dan tegang serta terikat selepas masa permainan sebenar tamat menyaksikan perlawanan dibawa ke masa tambahan.

Satu kejadian yang menambah ketegangan dan penuh kegilaan berlaku selepas Adelaide United bolos dan gol tersebut merupakan gol kemenangan Sydney FC, pemain pertahanan Adelaide United, Michael Marrone telah menolak budak milo.

Kekasaran Marrone itu dilakukan dihadapan bangku simpanan dan dalam sekelipan mata segalanya bermula. Pemain Sydney FC segera meluru untuk menarik Marrone dan pemain lain yang turut serta dan aksi tolak menolak berlaku.

Budak milo tersebut telah memainkan peranan beliau untuk membantu Sydney FC dengan sengaja tidak memberikan bola kepada Marrone untuk melengah-lengahkan masa permainan. Nyata tindakan itu menaikkan darah Marrone walaupun harga minyak minggu ini turun.

Michael Marrone telah dilayangkan kad merah dan selepas perlawanan telah meminta maaf kepada budak milo tersebut. Marrone dijangka menerima hukuman gantung yang panjang kerana insiden tersebut telah mendapat reaksi luar biasa dari pemain dan pegawai pasukan.

Sejurus selepas perlawanan tamat jurulatih, Adelaide United telah meminta maaf bagi pihak Michael Marrone :

“Apa aku boleh kata adalah ucapan maaf dan Micky sangat tertekan. Beliau telah bercakap dengan budak tu selepas perlawanan dan dia OK. Ini bukan sifat Micky yang sebenar dan aku harap selepas mereka berbicara semuanya ok.

“Dari pihak aku dan juga pemain, hanya ungkapan maaf dapat ku titipkan.”

Kerana kejadian tersebut, pemain Sydney FC telah menjemput budak milo tersebut untuk sama-sama naik ke pentas semasa penyampai piala diadakan.

Majoriti penyokong beranggapan Marrone selayaknya mendapat kad merah tetapi budak milo tersebut tidak sepatutnya dijemput ke pentas kerana tindakannya yang dianggap menipu.

Baca Juga

Baca Juga