Pemain Al Nassr Dedah Impak Negatif Dibawa Ronaldo

Berita tidak enak terus menyelubungi karier Cristiano Ronaldo di Arab Saudi apabila teman sepasukannya di Al Nassr telah mendedahkan impak negatif yang telah dibawa pemain bintang super itu ke dalam pasukan.

Tiada siapa yang menyangka bahawa Ronaldo akan berpindah ke Arab Saudi selepas meninggalkan Manchester United pada bulan November, mungkin Ronaldo sendiri tidak menyangka perpindahan ini boleh terjadi.

Ramai menjangkakan impak segera mampu dihadirkan oleh Cristiano Ronaldo di Liga Super Arab Saudi itu dengan kualiti yang ada padanya namun setakat ini Ronaldo masih bergelut.

Setakat ini dia hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam tiga penampilan untuk Al Nassr, menjaringkan gol melalui sepakan penalti lewat ketika seri 2-2 menentang Al Fateh.

Bagaimanapun, rakan sepasukan baharu Luis Gustavo tidak percaya masalah penyerang itu adalah dari dirinya sendiri dan percaya dengan melihat Ronaldo pasti membuatkan semua lawan mereka bermain lebih baik.

Luis Gustavo tampil menjelaskan bagaimana kehadiran Ronaldo telah memberi impak negatif kepada Al Nassr yang secara tidak langsung membangkitkan semangat pasukan lawan.

“Sudah tentu, kehadiran Cristiano menyukarkan kami, kerana semua pasukan berusaha untuk mengambil bahagian menentangnya dengan cara yang terbaik dan dia memberi motivasi kepada semua orang,” kata Gustavo kepada RT Arabic.

Kenyataan seperti ini pasti anda pernah dengar bukan? ‘Bila lawan kami pasti lawan akan memberikan komitmen 200%.’ dan itulah terjadi kepada lawan Al Nassr mereka mahu menghentikan Ronaldo dan setakat ini berhasil.

Bagaimanapun, bekas pemain tengah Bayern Munich itu percaya bahawa kehadiran penjaring gol terbanyak Real Madrid sepanjang zaman memberi manfaat kepada pemain, dan kelab.

“Kehadirannya di Al-Nassr memberi kelebihan besar kepada pasukan kerana kami belajar daripadanya setiap hari, memandangkan keupayaan hebat yang dimilikinya, dari segi teknikal mahupun fizikal,” tambah Gustavo.

“Cristiano Ronaldo dicipta untuk cabaran dan dia sentiasa berjaya dalam cabaran itu. Dan semua orang di sini menunggu apa yang akan dia persembahkan.

“Dia sudah menjaringkan gol pertamanya dan oleh itu dia sudah menghilangkan tekanan.”

Masa depan pemenang Liga Juara-Juara lima kali itu di Timur Tengah telah pun dipersoalkan oleh bos Al Nassr, Rudi Garcia apabila menyalahkan kegagalan Ronaldo menjaringkan gol menyebabkan mereka tersingkir dari Saudi Cup

Garcia percaya bahawa masa depan Ronaldo, dan penghujung kariernya, akan dimainkan di Eropah, walaupun tiada kelab yang berminat dengannya selepas dia meninggalkan United.

Gol pertama Ronaldo hadir dalam perlawanan ketiga apabila gagal melakukannya dalam perlawanan menentang Ettifaq dan Al Ittihad, bukan tiada gol malah tiada assist.

Sebelum menjaringkan gol penalti itu Ronaldo telah terlepas dua peluang terbaik dengan satu ke langit manakala satu lagi terkena palang yang boleh menghadirkan tiga mata.

Baca Juga

Baca Juga