Pemain Albacete Menerima 10 Jahitan di Bahagian Sulit

Pelik tapi benar bola sepak merupakan antara permainan yang berisiko dan ketika pemain masuk ke padang kemungkinan mereka untuk menghadapi kecederaan sangat tinggi dan kecederaan boleh berlaku di mana-mana bahagian badan termasuklah kemaluan.

Pemain pertahanan Albacete, Mariano Bittolo membuktikan bahawa kemaluan pemain tidak berada dalam keadaaan selamat ketika perlawanan bola sepak, Mariano Bittolo menerima 10 jahitan di bahagian sulitnya selepas pertembungan dengan rakan sendiri.

Kejadian berlaku ketika perlawanan masih lagi terikat tanpa jaringan Antara Albacete menentang Huesca dalam saingan Liga Kedua Sepanyol. Mariano Bittolo yang berasal dari Argentina telah naik ke atas untuk membantu serangan.

Satu hantaran ke kotak penalti dibuat, Bittolo dan rakan sepasukan cuba merebut bola. Rakan sepasukannya berjaya menanduk bola dan pada ketika itulah kaki kanan berkasut bola terkena dibahagian kemaluan Bittolo dan membuatkan ‘adiknya’ menjerit.

Sabarlah wahai ‘adikku’.

Pemain yang berusia 27 tahun itu sambil memegang ‘adiknya’ terus terkulai rebah di padang dan menepuk-nepuk padang menikmati kesengsaraan, kesenakan dan keperitan. Bittolo kemudian bangun dan memanggil pasukan perubatan.

Selepas keluar dari padang Bittolo segera memeriksa tahap kerosakan ‘adiknya’ dengan gaya seolah-olah membetulkan parking. Bittola terpaksa dikeluarkan dan memerlukan 10 jatihan di bahagian kemaluannya.

Berita ini telah disahkan oleh doktor kelab Albecete, Eduardo Rodriguez.

Baca Juga

Baca Juga