Pemain Barcelona Menolak Cadangan Memotong Gaji Mereka

Pihak pengurusan Barcelona kini menghadapi masalah dengan para pemain selepas mereka mendedahkan ada sebilangan pemain yang menolak untuk dipotong gajinya ekoran dari penularan virus Covid-19 ini.

Perundingan antara pengurusan tertinggi pasukan dilaporkan sedang berjalan tetapi menurut ESPN, kedua pihak tidak sehaluan dalam perbincangan.

Isu utama terjadinya masalah ini adalah para pemain Barcelona tidak gembira dengan saranan pihak pengurusan setakat ini.

Mereka tiada masalah untuk menyumbang kepada mana-mana badan bagi menangani isu penularan virus Covid-19 ini menggunakan duit poket sendiri.

Pasukan gergasi Catalan itu menghadapi risiko kerugian yang besar ekoran dari penggantungan liga bola sepak.

Kos untuk membayar gaji sahaja sudah memakan sekitar €500 juta setahun bagi semua pemain, pengurus dan staff lain.

Dengan Liga sedang digantung dan mungkin akan dibatalkan, Barcelona mungkin akan mengalami kerugian terbesar dalam sejarah penubuhan kelab.

Barcelona turut terpukul dengan tiada pendapatan dari perlawanan dan muzium mereka tidak boleh beroperasi seperti biasa ketika ini.

Jumaat lalu setelah melakukan perbincangan bersama secara dalaman, berlaku perdebatan besar sesama mereka ekoran dari isu ini.

Namun, Barcelona masih dibenarkan untuk memotong gaji para pemainnya walau tidak dipersetujui melalui “Spain’s State of Emergency laws”.

Bintang utama Barcelona Lionel Messi antara pemain yang tidak mogok dan mempertikaikan keputusan itu.

Messi tiada masalah untuk dipotong gajinya atas masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan Barcelona.

Pada hari Rabu lalu, Ketua pasukan Barcelona itu telah menyumbangkan €1 juta untuk membantu menangani masalah penularan virus Covid-19 ini.

Sebuah klinik turut mengesahkan bahawa pemain berusia 32 tahun itu telah mendermakan €500,000 kepada mereka untuk menangani isu penularan Covid-19.

Messi turut menyumbang €500,000 untuk membantu Negara asalnya Argentina menghadapi dan menangani penularan virus Covid-19 itu.

Selain Messi, sahabat karibnya Cristiano Ronaldo turut menghulurkan bantuan untuk membantu mengawal penularan wabak ini.

Ronaldo kini sudah berada di negara kelahirannya sejak dari Serie A digantung pada awal bulan lalu.

Dan beliau telah banyak menghulurkan sumbangan dan bantuan untuk pelbagai pihak bagi menangani isu wabak ini.

Media dari Amerika turut melaporkan bahawa ejen kepada pemain berusia 35 tahun itu, Mendes telah mula membeli dan membekalkan ubat-ubatan untuk Sao Jao Hospital di Porto.

Perbincangan antara pihak pengurusan dengan para pemain Barcelona masih belum diputuskan.

Keputusan akan diumumkan selepas disahkan sendiri oleh pihak pengurusan mereka.

BACA:  Conte: Anda Perlukan Tuah Untuk Menangi Liga Juara-Juara Eropah