Pemain Baru Cardiff Disahkan Berada Dalam Pesawat Yang Hilang

Penyerang baru Cardiff City, Emiliano Sala disahkan berada dalam pesawat yang hilang berdekatan dengan Channel Islands dalam kejadian yang berlaku petang semalam berdasarkan informasi yang diberikan pihak berkuasa Perancis.

Setakat ini, kelab itu memaklumkan kepada SkyNews, mereka sedang menunggu pengesahan mengenai perkara berkenaan.

Sala merupakan pemain termahal dalam sejarah kelab Cardiff dan baru sahaja dibeli dari Nantes beberapa hari yang lalu.

Pusat Kawalan Trafik Udara mengesahkan pesawat itu berlepas dari Nantes di barat Perancis menuju ke Cardiff.

Wartawan Ouest France yang memuat naik laporan menerusi laman sosial Twetter melaporkan, Sala berada di dalam pesawat berkenaan, namun setakat ini tiada sebarang pengesahan.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan apabila pemain berusia 28 tahun berkenaan tidak memberikan sebarang maklum balas melalui media sosial.

Kapal terbang difahamkan berada di arah utara Alderney ketika pesawat dilaporkan hilang dari radar

Pemain Argentina ini merekodkan sejarah kelab apabila dibeli dengan rekod perpindahan 15 juta pound (RM80 juta) untuk kontrak selama tiga setengah tahun dari Nantes, ketika jendela perpindahan pemain pada Januari.

Difahamkan, dia berlepas ke United Kingdom (UK), semalam.

Berdasarkan status terakhir di media sosial, Sala berkongsi gambarnya bersama bekas rakan sepasukan dan menulis “Ciao” bersama emoji hati.

Bot penyelamat Alderney digerakkan pada jam 8.05 malam tadi untuk meninjau kedudukan pesawat Piper Malibu di kawasan utara Alderney.

Pada masa sama, bot penyelamay Guernsey serta dua helikopter turut membantu dalam gerakan mencari dan menyelamat.

Berdasarkan kenyataan polis Guernsey; “Pengawal Pantai Guernsey menerima laporan kecemasan pada jam 20:23 daripada Jersey ATC yang memaklumkan sebuah pesawat hilang daripada radar kira-kira 15 batu nautika dari Guernsey,

“Sebuah pesawat ringan, PA 46 Malibu, berada di laluan dari Nantes, Perancis menuju ke Cardiff, di Wales dengan dua individu di dalamnya. Pesawat hilang daripada radar ketika Jersey ATC cuba menghubungi mereka.

BACA:  Cardiff Jadi Pasukan Terakhir Tersingkir Dari Liga Perdana Inggeris