Pemain Bola Sepak Handalan Malaysia Tidak Bermain di Thailand Kerana Faktor Gaji

Liga Thailand merupakan liga bola sepak yang terbaik dirantau Asia Tenggara dan menjadi tempat terbaik untuk para pemain berbakat dari Asia Tenggara mengembangkan bakat mereka, namun tidak bagi pemain bola sepak handalan dari Malaysia.

Pemain bola sepak yang handa lagi berkaliber serta berwibawa dari Malaysia dilaporkan telah menolak peluang untuk bermain di Thailand kerana gaji yang ditawarkan di sana adalah lebih rendah berbanding Malaysia.

Liga Thailand tidak perlu diragui lagi sebagai liga paling hebat di rantau Asia Tenggara dan Muang Thong United telah membuktikan kewibawaan liga mereka apabila mara ke pusingan 16 terbaik AFC Champions League tahun 2017.

Liga Thailand juga telah membuka peluang kepada kelab yang bertanding untuk mengambil pemain dari rantau Asean. Polisi baru ini telah menyaksikan beberapa pemain terbaik Asean telah disambar kelab Thailand seperti :

1. Hassan Sunny dan Zulfahmi Arifin – Singapura
2. Aung Thu dan Kyaw Ko Ko – Myanmar
3. Hoang Vu Samson – Vietnam

Pemain Malaysia tidak beraksi di Thailand bukan kerana tidak mendapat tawaran atau tidak layak atau tidak berbakat tetapi tawaran yang datang telah ditolak di sebabkan oleh faktor wang ringgit bukan Bath iaitu gaji.

Hafizan Halim, Pengarah Bakat Sukan MVP Sports Agency telah mendedahkan bawah tawaran yang gaji dari kelab Thailand adalah kurang hampir 40 sehingga 50 peratus daripada apa yang ditawarkan oleh pasukan di Liga Malaysia.

Kelab dari Thailand hanya mampu menawarkan gaji kepada beberapa pemain handalan Malaysia antara USD3,000 (RM12,000) hingga USD5,000 (RM20,000) jah sebulan beserta dengan kasih sayang yang nyata tidak cukup untuk menarik minat pemain Malaysia.

Korang kira la sendiri beza di situ.

“Terdapat beberapa kelab Thailand membuat tawaran kepada pemain Malaysia terutamanya kepada pemain yang berkasi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Tetapi tawaran tersebut nyata tidak dapat memenuhi kehendak pemain.”

“Tidak menjadi persoalan bahawa pemain Malaysia sangat memilih, tetapi mereka tidak akan mendapat bayaran yang tinggi seperti bermain bersama pasukan tempatan.”

“Jadi, saya menafikan dakwaan yang pemain kita tiada kualiti atau sengaja tidak mahu beraksi di liga luar, mereka tidak mahu keluar disebabkan faktor gaji.”

“Saya rasa mungkin ramai yang tidak faham. Sebagai contoh, jika kamu ditawarkan bekerja di luar negara tetapi pada masa sama kita mendapat pendapatan lebih baik di Malaysia, sudah pasti kita akan pilih untuk bekerja di negara sendiri.” Ujar Hafizan.

Selepas beraksi cemerlang di Sukan SEA Kuala Lumpur yang lalu hingga mara ke final, beberapa pemain telah dikhabarkan menjadi buruan kelab Thailand seperti :

1. Adam Nor Azlin
2. Adib Zainudin
3. Syamer Kutty Abba
4. Nor Azam Azih
5. Jafri Firdaus Chew
6. N Thanabalan

Tidak dapat dinafikan amat rugi apabila para pemain menolak tawaran untuk bermain di Liga terbaik yang mampu mengembangkan bakat mereka sekaligus dapat menguatkan pasukan kebangsaan, namun atas faktor gaji semua itu berbalik kepada pemain itu sendiri.

Kalau korang pergi ke tidak? Nak berkembang ke nak kehidupan lebih selesa?

Baca Juga

Baca Juga