Pemain Paling Tua Di Dunia Menjaringkan Gol Kini Berusia 52 Tahun

Pemain bola sepak profesional paling tua di dunia, Kazuyoshi Miura atau nama timang-timangannya Kazu telah menjaringkan gol kemenangan pasukannya Yokohama FC yang bermain di Divisyen 2 Liga Jepun pada usia 50 tahun.

Ya tuan-tuan, 50 tahun. Ketika pemain seusianya sudah lama menggantung but ataupun menceburi bidang kejurulatihan, Miura masih lagi gagah bermain di atas padang. Sepanjang musim 2016, dia telah bermain sebanyak 20 perlawanan dan menjaringkan dua gol.

Kini tahun 2019 King Kazu telah yang dilahirkan pada 26 Februari 1967 telah berusia 52 tahun. Dua tahun lalu merupakan gol terakhirnya dan pada 2018 beliau telah membuat 9 penampilan sahaja. Tahun ini belum membuat sebarang penampilan.

Karier Bola Sepak Miura

Seawal usia remaja Miura telah meninggalkan tanah Jepun untuk memulakan karier bersama kelab Brazil, Clube Atletico Juventus pada tahun 1982. Walaupun jauh meninggalkan tanah air, dia tidak pernah menjadikan isu mengidam makanan Jepun sebagai alasan tidak dapat menyesuaikan diri di negara orang. Berkat kesabaran dan kesungguhannya, dia telah berjaya menandatangani kontrak dengan kelab terkenal Brazil, Santos pada tahun 1986. Selain Santos, dia telah bermain untuk banyak kelab sepanjang berada di Brazil antaranya Palmeiras dan Coritiba sebelum kembali ke Jepun pada tahun 1990.

Dia menyertai kelab Yomiori FC/Verdy Kawasaki (Kini dikenali sebagai Tokyo Verdy) dan berjaya membantu pasukan menjuarai J.League sebanyak empat kali. Dia juga telah menjadi pemain Jepun pertama bermain di Itali apabila dipinjamkan ke kelab Genoa.

Kontroversi Digugurkan Pada Piala Dunia 1998

Miura Ketika Mewakili Skuad Kebangsaan Jepun

Miura bermain untuk pasukan kebangsaan Jepun selama satu dekad iaitu dari tahun 1990 sehingga tahun 2000 dan berjaya menjaringkan 55 gol sepanjang 89 penampilan bersama skuad kebangsaan Jepun. Ini menjadikannya sebagai penjaring kedua terbanyak untuk pasukan Jepun.

Pada pusingan kelayakan Piala Dunia 1998, Miura yang ketika itu berusia 31 tahun telah membantu Jepun untuk layak ke Piala Dunia buat kali pertama. Dia telah menjaringkan 14 gol sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia. Namun apa yang mengejutkan dia tidak terpilih dalam senarai akhir pemain yang akan ke Piala Dunia apabila digugurkan oleh pengurus, Takeshi Okada.

“Pada umur 31 tahun, Miura tidak ada dalam perancangan saya walaupun sebagai pemain simpanan”, kata Okada yang telah mengejutkan ramai peminat bola sepak Jepun.

Jaringan Pertama Untuk Tahun 2017

Setelah hampir 19 tahun episod duka tidak dapat bermain di Piala Dunia 1998, Miura masih lagi aktif bermain bola sepak setelah kontraknya bersama Yokohama FC dilanjutkan lagi selama setahun menjadikan dia sebagai pemain bola sepak profesional tertua di dunia. Ketika perlawanan Yokohama FC menentang Thespakusatsu Gunma sebentar tadi, Miura berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan.

https://twitter.com/Soccer__Issue/status/840861065663635456

Setakat ini, Miura masih belum mempunyai perancangan untuk bersara dan masih berminat untuk bermain. Ini baru betul otai masih berbisa.

Baca Juga

Baca Juga