Pemain Buangan Arsenal, Mustafi Dinobatkan Sebagai “Loser Of The Season” Bundesliga Musim Lalu

Pemain buangan Arsenal, Shkodran Mustafi telah dipilih sebagai “Loser of the season” dalam saingan Bundesliga musim lalu.

Beliau dipilih sebagai pemain paling hambar menerusi undian yang dilakukan oleh para pemain dalam saingan Bundesliga musim lalu.

Ia sememangnya satu hal yang sangat menyakitkan, majalah bola sepak Jerman, Kicker telah menganjurkan anugerah bola sepak pada setiap penghujung musim.

Pada musim lalu, Robert Lewandowski telah dipilih sebagai pemain terbaik tahunan dengan menerima undian sebanyak 74%, sementara Jamal Musiala pula telah diundi sebagai pendatang baru terbaik.

Walau bagaimanapun, mereka turut memberikan memberi anugerah khas untuk satu katergori yang sangat menarik, iaitu “Loser of the season”.

Shkodran Mustafi telah dipilih sebagai “Loser of the season” musim 2020/21 dan tujuan anugerah ini dibuat adalah untuk menaikkan semangatnya supaya bermain lebih baik pada musim hadapan.

Untuk makluman, pemenang Piala Dunia bersama Jerman pada tahun 2014 lalu itu, beliau merupakan salah seorang dari 10 pemain Schalke yang menerima undian tersebut.

Schalke telah melalui musim yang suram pada musim lalu, selepas mereka sekadar mengakhiri saingan liga di kedudukan terbawah dengan mengumpul 16 mata sahaja dari 34 perlawanan.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 30 tahun terakhir ini untuk melihat Schalke tersingkir dari saingan Bundesliga.

Jadi tidak hairanlah mengapa para pemain Schalke mendominasi kedudukan undian tertinggi untuk kategori yang paling teruk ini.

Walaupun baru saja menyertai Schalke pada Februari lalu selepas kontraknya bersama Arsenal ditamatkan, Mustafi telah muncul sebagai pemenang kategori ini dengan menerima 13.3% undian.

Pertahanan berusia 29 tahun itu telah membuat 151 penampilan untuk Arsenal sepanjang lima tahun kariernya di Emirates.

Mustafi juga sepanjang kariernya bersama The Gunners, beliau berjaya membantu Arsenal memenangi dua kali gelaran Piala FA.

Walau bagaimanapun, Mustafi berjaya mengembangkan reputasinya sebagai defensive howlers ketika kariernya di Emirates, namun sering diketepikan sejak kedatangan Mikel Arteta.

Walaupun beliau tidak boleh disalahkan sepenuhnya atas penyingkiran Schalke dari saingan Bundesliga, namun kebanyakkan kesilapan dungu yang beliau lakukan sering diungkit oleh peminat.

Nasib malang beliau di Premier League bersama Arsenal berterusan selepas beliau menyertai Schalke dalam saingan Bundesliga.

Beliau jelas melalui musim yang suram bersama Schalke, bukan hanya di atas padang, di luar padang juga skuad mereka telah diserang oleh penyokong sendiri.

Selepas Schalke disahkan tersingkir dari saingan Bundesliga musim ini, para penyokong terus meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan menyerang para pemain.

Bukan hanya menghalang bas, para penyokong bahkan mengejar para pemain Schalke ketika meluahkan rasa amarah mereka itu.

Mustafi merupakan salah seorang pemain yang menjadi mangsa bersama seorang lagi pemain Arsenal yang dipinjamkan ke Schalke, Sead Kolasinac.

Disamping beberapa pemain Schalke yang diundi sebagai pemain paling hambar seperti Suat Serdar, Amine Harit dan Mark Uth, Mustafi telah dinobatkan sebagai pemain paling hambar musim 2020/21 oleh para pemain Bundesliga yang lain.

Tidak mengejutkan juga, penyingkiran Schalke turut dianggap sebagai “negative surprise of the season” dengan menerima lebih dari 75% undian.

Bangkitlah Shkodran Mustafi, semoga musim depan kembali bermain dengan baik dan bantu Schalke untuk kembali ke Bundesliga.

Baca Juga

Baca Juga