Pemain Cedera Sampai Masuk Hospital, Barca Mahu FIFA Bayar Pampasan €20,500 Sehari

Barcelona benar benar terkesan dengan masalah kecederaan yang melanda pemain mereka kerana kalendar antarabangsa FIFA.

Barcelona kehilangan ramai pemain pasukan utama mereka dalam minggu antarabangsa kali ini.

Ramai pemain mereka cedera termasuk Memphis Depay, Frenkie de Jong, Jules Koundé serta Ronald Araujo. Di mana nama nama tersebut terpaksa pulang semula ke kelab dan masuk ke bilik pemulihan kerana kecederaan.

Ada beberapa pemain lagi terpaksa diletakkan dalam senarai pengawasan termasuk Ousmane Dembele kerana tidak cergas sepenuhnya selepas minggu antarabangsa.

Ronaldo Araujo masuk wad

Kecederaan paling serius dari kalangan mereka adalah melibatkan Ronald Araujo. Di mana pemain itu terpaksa menjalani pembedahan seperti yang disyorkan oleh doktor kelab.

Ini bermakna Araujo sudah pastinya akan terlepas Piala Dunia 2022. Dengan Barcelona sendiri tak pasti berapa panjang pemain itu akan berehat kerana kecederaan itu.

Oleh kerana kecederaannya melebihi 28 hari, maka Barcelona berhak mendapatkan pampasan daripada FIFA sehingga pemain itu disahkan discaj daripada pusat perubatan dan kembali semula ke latihan.

Jumlah yang akan diterima Barcelona adalah EUR20,458 sehari ataupun sekitar RM91k bermula daripada hari ke-28 dia cedera dan dirawat.

Kenapa Araujo saja dapat pampasan insurans ini?

Hal ini kerana kecederaannya dianggap serius dan memerlukan pembedahan. Pemain pemain lain pula dianggap mengalami kecederaan di bawah tahap serius berdasarkan penilaian pakar perubatan.

Ini merupakan sebahagian daripada pakej insurans menerusi skim pelan perlindungan kelab yang diluluskan pada tahun lalu sehingga 31 Disember lalu.

Tetapi bayaran kadar harian hanya untuk gaji harian tetap seseorang pemain tidak termasuk bonus atau insentif lain.

Pakej perlindungan ini akan membolehkan kelab menerima sehingga angka maksimum EUR7.5 juta untuk seorang pemain mereka, misalnya kes melibatkan kemalangan yang serius.

“Perlindungan diberikan kepada pemain bola sepak semasa di bawah arahan persatuan pakar masing-masing dalam perlawanan antarabangsa rasmi ‘A’ pasukan kebangsaan mereka, termasuk semua perlawanan, latihan, aksi persahabatan, perlawanan latihan, dalam perjalanan dan masa yang dihabiskan ketika meninggalkan kelab mereka.”

“Ianya tertakluk kepada tempoh pemain bola sepak memulakan perjalanannya dari rumah atau alamat kelabnya untuk berkhidmat dengan pasukan kebangsaannya dan berakhir pada tengah malam (waktu tempatan) pada hari dia pulang ke rumah atau ke alamat kelab itu”, baca Program Perlindungan Kelab.

Rujukan: Axello.Net

BACA:  FutPro Dan TMJ Mahu Presiden RFEF Cium Pemain Wanita Diambil Tindakan