Pemain tengah Charlton Athletic, Krystian Bielik mengalami kecederaan yang luar biasa apabila ‘sliding tackle’ dari seorang peminat kelab itu sendiri tepat terkena kakinya.
Dalam perlawanan Football League One itu, Charlton berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Stanley hasil jaringan sepakan penalti daripada Karlan Grant pada minit ke-93.
Sepakan penalti tersebut berjaya disempurnakan dengan baik sekali oleh Grant walaupun ia diambil pada penghujung waktu kecederaan.
Para peminat Charlton nyata teruja dengan jaringan tersebut dan ada sesentegah daripada mereka masuk ke dalam padang untuk menyambutnya bersama para pemain Charlton.
Walau bagaimanapun, malang tidak berbau bagi pemain tengah Charlton, Krsytian Bielik yang tanpa disangka menjadi mangsa ‘terjahan keras’ yang liar dari peminat Charlton sendiri.
Peminat Charlton itu berlari dari jauh untuk menyambuntnya dengan pemain tetapi tapak kasut yang licin menyebabkan beliau tergelincir. Ketika terjatuh, inertia yang dibawa peminat tersebut menyebabkan kaki beliau terseret lalu terkena kaki Bielik. Ouch.
Bielik, yang juga pemain pinjaman daripada Arsenal, terus terduduk menahan kesakitan manakala peminat Charlton tersebut dengan muka tidak bersalahnya bersorak kegembiraan dengan pemain lain.
Bielik dilihat berada dalam kesakitan selepas sliding tackle tersebut dan berjalan terhencut-hencut selepas itu.
Semoga tiada kecederaan yang serius berlaku dan Bielik boleh kembali beraksi seperti sedia kala selepas ini. Kepala bana betul fan pon.
Charlton’s Krystian Bielik gets accidently injured by a fan during a goal celebration earlier today ?pic.twitter.com/fILIuVEJaF
— 32Red (@32Red) January 19, 2019
Video: A Charlton fan accidentally collides with Krystian Bielik in the celebrations following their injury time winner against Accrington Stanley earlier today. Hopefully he's OK! #AFC pic.twitter.com/fDYSgVN9CT
— AFC LoanWatch (@AFC_Loanwatch) January 19, 2019