Pemain pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk, mengundang kemarahan para pemain Manchester City, ketika beliau meraikan gol jaringan Mohamed Salah dalam aksi saingan Community Shield malam semalam.
The Reds mencatatkan kemenangan 3-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di King Power Stadium malam semalam dengan Mo Salah berjaya menjaringkan gol menerusi sudut sepakan penalti untuk bantu Liverpool mendahului 2-1.
Liverpool terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam perlawanan tersebut menerusi Trent Alexander Arnold, namun Man City menyamakan kedudukan menerusi Julian Alvarez.
'When Haaland boarded the City coach after the game, he must have intuitively taken a backward glance to check Van Dijk was not following' #LFChttps://t.co/AecSYabekT
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) July 31, 2022
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu cemerlang memperoleh gol kedua mereka dalam perlawanan ini menerusi Mohamed Salah hasil sudut sepakan penalti.
Darwin Nunez berjaya memenangi sepakan penalti untuk Liverpool selepas bola tandukan beliau terkena tangan Ruben Dias di dalam kotak penalti.
Salah tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, dengan beliau kemudiannya tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Pemain Man City sepertinya tiada masalah dengan gol jaringan Mo Salah itu, namun mereka sepertinya sedikit bengang dengan tindakan Virgil Van Dijk.
Ederson segera menghantar bola kembali ke tengah padang, dengan harapan agar skuadnya akan mampu untuk segera memulakan permainan.
🗣️ "Head down, work, score goals."
Virgil van Dijk reacts to the impact Darwin Núñez had off the bench in Liverpool's Community Shield win over Manchester City 🏆 pic.twitter.com/BZEY9v8n8F
— Sky Sports News (@SkySportsNews) July 31, 2022
Van Dijk yang ketika itu sedang berada di tengah padang dan beliau segera berlari ke arah Mo Salah untuk meraikan gol tersebut.
Ketika beliau sedang berlari ke arah rakan sepasukannya, bola hantaran Ederson jatuh tepat di hadapan beliau dan beliau dilihat merembat bola tersebut keluar ke belakang gawang gol Man City.
Rodri ketika itu dilihat cuba berdepan dengan Van Dijk, sementara Bernardo Silva mengadu kepada pengadil perlawanan, Craig Pawson tentang sikap bintang Belanda itu.
Para peminat hangat membincangkan tentang hal tersebut di media sosial mereka dan mereka fikir ia satu hal yang sangat mencuit hati.
“Apa yang Rodri cuba lakukan? Adakah dia mampu berdepan dengan Van Dijk? Saya nampak Van Dijk langsung tak terkesan.”
“Bernardo Silva tahu dia tak mampu untuk berdepan dengan Van Dijk dan dia cuba minta bantuan pengadil untuk memarahi Van Dijk.”
“Bernardo nampak sangat comel ketika dia mengadu kepada pengadil perlawanan, tapi sayangnya aduan dia tidak dilayan”.
📰{NEWS}📰
Virgil van Dijk was full of praise for 'very, very good' Ibrahima Konate #LFC
🔴: @LFC https://t.co/jzAQLdjEYt
— Empire of the Kop (@empireofthekop) July 25, 2022
“Pemain City hanya mampu luah kemarahan secara sendirian, mereka tak berani nak berdepan dengan Van Dijk.”
“Benda macam tu saja mereka mahu marah? Saya rasa perkara biasa untuk seseorang pemain itu meraikan gol dengan cara seperti itu.”
Liverpool kemudiannya berjaya memperoleh gol ketiga mereka dalam perlawanan ini menerusi Darwin Nunez yang telah mempamerkan aksi persembahan mantap sejak awal dimasukkan pada aksi babak kedua permainan.
Ramai peminat yang pada awalnya mempertikaikan tentang prestasi pemain termahal Liverpool itu, namun beliau berjaya membuktikan kehebatan sebenar beliau dalam perlawanan ini.
Beliau berjaya memberikan impak seperti yang diharapkan dan beliau juga beberapa kali menguji gawang gol Ederson.
Virgil van Dijk exploded at his teammate on 25 minutes for dropping Liverpool's standards vs Man City #lfc #ynwa #liverpool https://t.co/KQoyx4L8Tv
— Rousing The Kop (@RousingTheKop) July 30, 2022
Jurgen Klopp memuji kehebatan pemain penyerang itu ketika bercakap selepas tamat perlawanan tersebut.
“Saya rasa Darwin akan tetap cemerlang walau dia tak menjaringkan gol ketiga kerana yang pertama penalti itu adalah hasil bola tandukan beliau.”
Jelas Jurgen Klopp kepada Sky Sports.
“Kesempatan yang dia ada sebelum itu dia manfaatkan dengan sebaik mungkin, tapi Ederson beraksi sangat cemerlang. Gol itu jelas sekali penambah kepada kehebatan beliau, jadi saya sangat berbangga dengan dia.”
🎥{VIDEO}🎥
As Manchester City players attempted to return the ball to the halfway line following Mo Salah's penalty yesterday, Virgil van Dijk had another idea #LFC
🔴: u/Fanott [Reddit] https://t.co/yUZVTigk3O
— Empire of the Kop (@empireofthekop) July 31, 2022
“Kamu boleh lihat pada wajah dia, kamu boleh nampak pada wajah semua rakan sepasukan dia bagaimana semua pemain gembira untuk dia dan itu adalah tanda yang baik selepas waktu yang singkat dia bersama kami.”
Sumber: SPORTbible