Pemain Crystal Palace Terima Ugutan Bunuh Selepas Berjaya Perbodohkan Darwin Nunez

Pemain Crystal Palace, Joachim Andersen telah menerima lebih 400 mesej di dalam peti masuk akaun media sosialnya, Instagram, termasuk ugutan bunuh selepas dia menjadi punca penyerang termahal Liverpool merangkap penyerang terhebat alam semesta, Darwin Nunez dilayangkan kad merah.

Nunez yang baru sahaja berusia 23 tahun – seusia orang yang baru sahaja tamat belajar di peringkat ijazah sarjana muda – telah diarahkan untuk keluar padang oleh pengadil, Paul Tierney selepas dia didakwa mengasari pertahanan Crystal Palace tersebut dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat satu sama pada hari Isnin.

Perlawanan tersebut juga sebenarnya merupakan perlawanan pertama penyerang Uruguay tersebut di depan penyokong sendiri selepas menyertai Liverpool dari Benfica, namun berakhir dengan kekecewaan.

Pada detik itu, Palace sedang mendahului pasukan dari Merseyside tersebut selepas Wilfried Zaha menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Tendangan padu lagi cantik daripada Luis Diaz telah menyelamatkan maruah pasukan hebat ini dan kini berada tiga mata di belakang juara bertahan, Manchester City.

Pada hari Selasa, pemain pasukan kebangsaan Denmark, Andersen, telah menyeru pihak Liga Perdana Inggeris dan Instagram untuk mengambil tindakan, di mana dia telah mendedahkan sebahagian daripada mesej keji yang dihantar selepas tamatnya perlawanan di Anfield.

“Ada dalam 3-400 mesej macam ni malam tadi,” ujar Andersen.

“Aku faham lah yang engkorang tu sokong satu pasukan tu tapi hormat lah sikit dan berhenti acah-acah kuat di dalam talian.”

Andersen turut berkongsi paparan tangkapan layar mesej-mesej tersebut seperti [diterjemah sesuka hati];

“Berset*buhlah kau. Aku akan bunuh kau. Kau dengan keluarga kau. Berset*buh kau esok. Jumpa nanti. Kau akan mampus.”

Gila, kan penyokong kelab tu?

Salah satu lagi mesej berbunyi [diterjemah];

“Kau adalah tahi yang berset*buh duk pusing kemal*an perempuan bai kau yang patut dapat kad merah kau dasar orang Sweden yang berset*buh bazir ruang kau tahi yang berset*ubuh!”

Agak bodoh juga sebenarnya sebab Andersen ni orang Denmark.

“Aku harap kau hidup lama tapi sakit untuk kau dengan keluarga kau dasar kema*uan perempuan yang berset*buh!

Lepas tu ada sorang lagi yang kirim mesej seperti di bawah ni.

“Dasar anak haram penipu. Patutnya rahang kau yang pecah dasar lahanat. Harapnya kau terpeleot dan tak dapat main sepanjang musim kau tahi!”

Ada juga yang hantar mesej macam ini;

Penatlah kalau hari-hari macam ni kan letih lah sial begini apa benda hanat haosmalioa honco saula co miango shiau wa cou cib*i aaa [okay ni takde. Gurau je]

Pihak Liga Perdana Inggeris dipercayai telah maklum dengan aduan daripada Andersen dan akan menghubungi Crystal Palace untuk menunjukkan sumbangan mereka.

Pertahanan kental Liverpool, Virgil Van Dijk, telah menyatakan bahawa Nunez menerima sokongan penuh daripada rakan sepasukan di Liverpool walaupun menunjukkan contoh yang tidak elok, tetapi mereka juga memberi amaran bahawa lain kali jangan buat lagi.

“Memanglah kitorang kecewa dan dia pun barangkali macam tu la juga tapi ini adalah salah satu daripada pengajaran buatnya dan sememangnya kami akan sentiasa menyokong dia,” ujar si Van Dijk.

“Dia mendapat sokongan daripada kami semua dan dia juga tahu bahawa benda ni dah tak boleh berlaku lagi dan harapnya macam tu lah.

“Tentunya dia kena kawal diri dia. Aku rasa itu cerita lain lah. Dia kena belajar uruskan diri, dia kena tahu bahawa benda macam ni memang boleh berlaku, terutamanya dalam Liga Perdana Inggeris. Ini adalah pengajaran buat dia dan harapnya tak jadi dah lain kali.”

Sumber : Mirror

BACA:  United Paling Bertuah, Liverpool Pasukan Paling Tidak Bernasib Baik Musim Lepas