Pemain Dari Liga Ireland Ini Menjaringkan Gol Minit Akhir Terhebat Sepanjang Zaman

Glen McAuley berjaya mencipta nama sebagai salah seorang penjaring gol minit akhir terhebat dalam dunia bola sepak, selepas menjaringkan gol penyamaan untuk Athlone Town ketika beraksi bertemu Waterford awal pagi tadi.

McAuley dari kelab Athlone Town yang bermain dalam liga division pertama saingan bola sepak Ireland, turun bertemu wakil dari Premier Division, Waterford dalam aksi perlawanan saingan FAI Cup.

Kedua-dua pasukan telah terikat 3-3 selepas beraksi selama 90 minit masa sebenar permainan, dengan McAuley menjaringkan dua gol dari tiga gol yang berjaya dihasilkan oleh Athlone Town.

Kedua-dua gol jaringan McAuley pada minit ke-75 dan 89 adalah menerusi penentuan sepakan penalti sementara satu lagi gol dijaringkan oleh Stephen Meaney.

Anthony Wordsworth, Shane Griffin dan Greg Halford masing-masing berjaya menjaringkan gol untuk skuad Waterford sepanjang aksi 90 minit permainan.

Kedua-dua pasukan kemudiannya turut berjaya menjaringkan gol pada masa tambahan permainan, untuk membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

George Forest berjaya meledak gol pendahuluan untuk Waterford pada masa kecederaan di masa tambahan permainan dengan pasukan pelawat ketika itu begitu yakin yang mereka sudah menang.

Namun kegembiraan skuad Waterford tidak kekal lama dengan Athlone Town kembali menyamakan kedudukan beberapa detik sahaja selepas itu.

Tujuh pemain dari Athlone Town berbaris di sebelah kiri ketika bola tengah, dan sebaik sepak mula kesemua pemain pasukan tuan rumah berlari ke arah kubu lawan.

Helah membariskan semua pemain ke depan berjaya memperdaya penjaga gol Waterford yang turut keluar dari gawangnya.

McAuley mengesan penjaga gol lawan sudah keluar dari garisan golnya dengan beliau terus merembat kencang bola ke arah gawang gol Waterford.

Percubaan beliau membuahkan hasil dengan penjaga gol lawan lemas terkapai-kapai cuba menahan bola rembatan jarak jauh McAuley namun usahanya gagal.

Bola tersebut masuk menerjah jaring gawang gol Waterford dan gol itu dianggap sebagai salah satu gol minit akhir terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.

Gol penyamaan, minit akhir, masa tambahan, masa kecederaan, sedang ketinggalan dan gol tersebut berjaya membawa pasukan lawan untuk ke aksi penentuan sepakan penalti.

“Gila! Ini memang luar biasa, macam mana dia boleh tenang dan berani melepaskan rembatan dari tengah padang, dengan masa nak habis dan mereka sedang ketinggalan. Superb!”

“Tak boleh dinafikan lagi memang ini antara gol paling dramatik dalam sejarah dan ia bukan gol yang biasa-biasa.”

“Saya bukan nak berlebih-lebihan, tapi saya rasa gol ini layak untuk dicalonkan ke puskas, bukan hanya gol yang cantik, tapi kisah sebalik gol tu cukup menakjubkan.”

“Saya hilang kata-kata melihat gol itu, keberanian dia sungguh luar biasa, walau mereka kalah tapi gol itu memang menakjubkan.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang begitu teruja melihat gol jaringan McAuley pada minit akhir perlawanan yang membawa Waterford ke aksi penentuan sepakan penalti.

Gol itu walau bagaimanapun hanya menangguhkan pasukan tuan rumah untuk tersingkir dari kejohanan.

McAuley dinobatkan dengan anugerah pemain terbaik perlawanan

Gol jaringan McAuley membawa perlawanan ke aksi penentuan sepakan penalti, dengan penjaga gol Waterford berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti selepas beliau rasa diaibkan dengan gol lemas di minit akhir perlawanan.

Pasukan pelawat memenangi aksi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-2 seterusnya menyingkirkan pasukan tuan rumah dari saingan FAI Cup.

Walau tewas, namun tak dinafikan para peminat dan seluruh skuad Athlone Town akan terus mengingati gol jaringan McAuley sebagai salah satu gol terhebat sepanjang zaman.

Adakah gol jaringan McAuley itu layak dicalonkan ke Puskas? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  International Friendly: England 3-0 Ireland