Pemain Forest Sakan Menganjing United Ketika Raikan Gol Yang Dibatalkan

Pemain pasukan Nottingham Forest, Sam Surridge nyata telah menanggung malu dan aib yang besar apabila sakan menganjing Manchester United ketika meraikan gol namun malangnya dibatalkan.

Nottingham Forest telah bertemu Manchester United di separuh akhir pertama Carabao Cup bagi musim 2022/23 di Stadium City Ground yang menyaksikan Setan Merah menang selesa 3-0.

Marcus Rashford membuka tirai jaringan seawal minit keenam perlawanan dengan melakukan larian dari tengah padang bermula dari kawasan sendiri melepasi dua pemain Nottingham Forest sebelum menyudahkan lariannya dengan jaringan.

Gol ke-10 Marcus Rashford dalam 10 perlawanan sejak kembali dari dari Piala Dunia 2022 dan itu merupakan jaringan yang ke-18 Rashford musim ini untuk Manchester United.

Nottingham Forest yang sendu sejak awal nyata tersentak dengan jaringan itu lalu perlahan-lahan berkembang dalam permainan dan mula mendapatkan rentak mereka untuk memberi saingan di laman sendiri.

Forest menyangka mereka telah menyamakan kedudukan apabila Sam Surridge menyelesaikan serangan balas yang baik dengan melepasi David de Gea menyempurnakan hantaran Morgan Gibbs-White.

Bagaimanapun Video Assistant Referee (VAR), yang digunakan pada separuh akhir tidak seperti pusingan sebelumnya, memutuskan bahawa Surridge berada dalam keadaan ofsaid apabila dia menerima bola daripada Morgan Gibbs-White.

Hanya kerana laju beberapa nanosaat beberapa inci sahaja lutut Sam Surridge dikesan ofsaid oleh VAR. Pemain Nottingham Forest dan City Ground bergema meraikan gol itu sebelum dibatalkan.

Lebih padu apabila Sam Surridge dan Morgan Gibbs-White meraikan gol itu dengan menganjing Manchester United apabila meniru keraian Antony dan juga Cristiano Ronaldo.

Sam Surridge telah meraikan jaringan itu dengan meletakkan kedua tangannya di dada sambil menutup mata seperti Ronaldo dan kemudiannya Morgan Gibbs-White hadir untuk mengambil watak Antony dengan melakukan aksi yang serupa.

Selepas pemeriksaan dari Video Assistant Referee (VAR) telah mengesahkan bahawa Sam Surridge jelas ofsaid dan tiada bantahan mereka bersetuju dan Sam Surridge perlu menanggung malu atas keraiannya itu. Nak menganjing tapi memakan diri.

Manchester United berjaya menewaskan Nottingham Forest 3-0 dan membawa bekalan selesa untuk separuh akhir kedua di Old Trafford selepas Wout Weghorst mennggandakan kedudukan dan Bruno Fernandes melengkapkan kemenangan dengan jaringan minit akhir.

Cristiano Ronaldo melakukan keraian itu ketika bertemu Everton dan selepas menjaringkan gol tiada lompatan yang disusuli sorakan Siu digantikan dengan keraian yang lebih tenang.

Gol itu merupakan gol kemenangan dan gol ke-700 Ronaldo diperingkat kelab dalam semua kejohanan disepanjang kariernya. Gaya itu dipanggil ‘nap celebration’ atau keraian tidur.

Cristiano Ronaldo telah berhenti di depan penyokong memejamkan matanya dan meletakkan genggaman dua tangan di dada dalam gaya tidur yang puasa dan Antony turut sama datang untuk tidur.

Manchester United menawarkan penjelasan mengapa Ronaldo dengan kerjasama rakan penyerang Antony, memilih pendekatan keraian berbeza menentang Everton, dengan menjelaskan di laman web rasmi kelab:

“Kami kini boleh mendedahkan bahawa sambutan Ronaldo adalah gurauan yang menghina diri dengan rakan sepasukannya yang menonjolkan ikatan yang kukuh di kalangan pemain dalam skuad Erik ten Hag.”

“Sudah tentu, Cristiano terkenal kerana menjaga dirinya dan memastikan dia sentiasa berada dalam keadaan terbaik, yang secara semula jadinya melibatkan kerja keras berjam-jam di padang latihan dan di gim. Ia juga termasuk berehat pada saat yang sesuai dan memastikan dia mempunyai tidur yang cukup untuk membantu pemulihannya: sebelum ini telah dilaporkan bahawa Ronaldo tidur beberapa kali sehari!”

“Sambutan CR7 di Everton adalah satu anggukan yang menggembirakan kepada kedudukan di mana dia tidur ketika melakukan perjalanan bersama skuad, yang tidak disedari oleh rakan sepasukannya yang semua tidak sabar-sabar untuk belajar daripadanya.”

Ikatan yang kuat itu berakhir dengan perpisahan yang tragis.

Baca Juga

Baca Juga