Pemain Futsal Terhebat Dunia, Ricardinho Sah Sertai Kelab Indonesia

Dunia sukan Futsal Asian hari ini digemparkan dengan berita perpindahan Ricardinho Felipe da Silva Braga ke Pendekar United.

Ya, pemain terhebat dalam dunia futsal akan beraksi dalam saingan liga futsal profesional Indonesia sehingga akhir musim ini.

Beliau dikatakan telah menandatangani kontrak selama tiga bulan atau sehingga akhir musim ini bersama Pendekar United.



Pendekar United merupakan sebuah kelab futsal yang dimiliki oleh YouTuber terkenal, Atta Halilintar.

Berapa gaji atau nilai kontrak yang ditawarkan kepada Ricardinho masih belum didedahkan dan jelas sekali ia tentunya kontrak mega.

Pendekar United pada ketika ini sedang berada di kedudukan keempat dalam carta saingan liga Pro Indonesia dengan mengumpul 19 mata.

Musim ini Pendekar United sudah beraksi sebanyak 11 perlawanan dengan mereka secara keseluruhannya berjaya mencatatkan enam kemenangan, satu seri dan empat kekalahan.

Di kedudukan pertama liga merupakan Blacksteel yang mengumpul 31 mata diikuti Cosmo JNE yang mengumpul 26 mata dan dikedudukan ketiga merupakan Bintang Timur yang mengumpul 24 mata.

Siapa Ricardinho? Kenapa ramai yang terlalu teruja dengan kedatangan beliau?

Kisah ringkas tentang siapa Ricardinho Felipe da Silva Braga

Ricardinho Felipe da Silva Braga merupakan pemain futsal yang berasal dari Valbom Portugal dengan beliau kini sudah berusia 36 tahun.

Melihat kepada kemampuan dan bakat yang beliau ada, di usia tersebut, sepertinya tiada masalah untuk Ricardinho terus bermain dalam liga kompetetif.

Bukti nyata yang usia 36 bukan halangan untuk Ricardinho adalah beliau merupakan pemenang Piala Dunia 2021 dan Ricardo turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan pada usianya 35 tahun.

Beliau memulakan karier profesionalnya sejak berusia 18 tahun bersama Benfica dan pada musim debutnya, beliau berjaya memenangi dua piala, Juara liga utama Portugal dan Piala Futsal Portugal.

Bersama Benfica juga, Ricardinho berjaya memenangi UEFA Futsal Cup musim 2009/10, dan beliau turut memenangi gelaran Movistar pada musim 2016/17 dan 2018/18.

Selepas tujuh tahun bersama Benfica, Ricardinho memilih untuk mengembangkan kariernya beraksi di Jepun bersama Nagoya Oceans.

Beliau berjaya memenangi dua gelaran liga Futsal Jepun dan turut memenangi Piala Futsal Jepun bersama Nagoya Oceans.

Bersama Nagoya Oceans juga, Ricardinho turut sempat kembali ke Benfica sebagai pemain pinjaman dan beliau turut pernah dipinjamkan ke CSKA Moskow.

Pada tahun 2013 yang lalu, beliau turut pernah beraksi di Sepanyol bersama Inter Movistar dan beliau berjaya menjulang dua piala di sana termasuk juara Eropah.

Selepas puas di Sepanyol, Ricardinho memilih untuk ke Perancis untuk beraksi bersama ACCS Asnierrs Villeneuve.

Ketika awal ketibaannya, ACCS masih bermain dalam saingan liga division kedua, dan kehadiran beliau berjaya membantu kelabnya itu muncul juara serta layak beraksi di pentas tertinggi futsal Perancis.

Boleh dikatakan tidak kira ke mana sahaja beliau pergi, kejayaan sentiasa bersama Ricardinho dan kerana itulah beliau menjadi antara pemain paling disegani di dunia.

Beliau merupakan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam dunia sukan futsal dan jelas sekali Pendekar United sangat beruntung dapat memiliki pemain seperti beliau.

“Pengembaraan baru! Saya ingin mengumumkan yang saya telah bersetuju untuk menyertai kelab baru dan pastinya ia akan menjadi pengembaraan yang hebat di negara yang berbeza.”

Tulis Ricardinho di laman instagram miliknya.

Enam kali pemenang pemain futsal terbaik dunia, dua kali juara liga Eropah, juara piala Eropah (2018) dan juara Piala Dunia (2021), ia sudah cukup untuk membuktikan Pendekar United sebenarnya sudah mendapatkan seorang pemain yang sungguh dasyat.

Sumber: Football Fandom

Baca Juga

Baca Juga