Pemain Ini Bingung Mencari Logo Fernerbahce Ketika Mahu Menciumnya

Muhammed Gumuskaya telah melakukan satu aksi yang berjaya mencuit hati para penyokong dengan beliau bingung mencari logo Fernerbahce di dadanya ketika mahu meraikan gol jaringannya.

Gumuskaya menjaringkan gol ketika bertemu HJK Helsinki dan beliau ketika meraikan jaringannya itu, beliau mencari logo kelab untuk dicium, namun ketika mencari logo tersebut di bahagian depan jersinya, beliau nampak bingung kerana tidak menjumpai logo Fernerbahce.

Pemain midfield muda dari Turki itu masuk menggantikan bekas bintang Arsenal, Mesut Ozil pada minit ke-62 permainan ketika aksi kelayakan Europa League yang menemukan antara Fenerbahce bertemu HJK Helsinki.

Gumuskaya dengan segera memberikan impak dalam perlawanan tersebut dengan beliau meledak gol pada minit ke-65 permainan di Sukru Saracoglu di Istanbul.

Pemain Fenerbahce itu ketika meraikan gol jaringannya beliau mahu mencium logo di dadanya, namun dek kerana ia merupakan jersi third kit keluaran Puma, maka kedudukan logo tersebut tidak berada di tempat kebiasaannya.

Gumuskaya nampak buntu ketika mencari logo tersebut di dadanya, dan reaksi spontan yang beliau tunjukkan jelas menghiburkan para peminat.

Puma telah meletakkan logo Fernerbahce di bahagian koler dan tidak meletakkannya di bahagian dada seperti kebiasaannya.

β€œSaya mula-mula gembira melihat dia meraikan gol tersebut, tapi bila dia nampak bingung cari logo tu, saya ketawa tak berhenti.”

β€œApa yang sebenarnya cuba dia lakukan? (Emoji ketawa), dia nampak bersungguh-sungguh mencari logo tersebut.”

β€œSaya rasa ini keraian terbaik pernah saya tengok. Puma memang sentiasa keluarkan kit yang berbeza dari kebiasaannya.”

β€œSaya rasa secara tak langsung dia sebenarnya mempromosikan Puma, memang lucu.”

β€œJujurnya baru semalam saya terfikir macam mana mereka mahu mencium logo itu kalau mereka menjaringkan gol.”

Fenerbahce merupakan antara kelab yang bersetuju untuk menerima tawaran tajaan dari Puma untuk jersi ketiga kelab.

Jersi ketiga pasukan dari Super Lig itu menampilkan nama Fenerbahce di bahagian dada dan menampilkan logo Puma di atasnya.

Corak rekaan jersi Puma sememangnya dikecam teruk oleh para peminat, dengan jersi ketiga Manchester City yang direka oleh Puma juga dikritik kerana sangat buruk.

Fenerbahce berjaya menewaskan HJK Helsinki 1-0 dalam aksi perlawanan leg pertama pusingan play-off saingan Europa League.

Pasukan dari Turki itu akan berkunjung ke Bolt Arena di Helsinki untuk aksi leg kedua mereka pada 26 Ogos nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Messi Turkiye Tolak Pinangan Barcelona Dan Pilih Real Madrid