Kisah Pemain Jaring Dua Gol Sendiri Untuk Melawan Bookie Namun Kantoi Mengatur Perlawanan

Seorang pemain bola telah dijulang sebagai wira apabila telah menjaringkan dua gol sendiri kerana usaha itu untuk melawan bookie, kini beliau telah kantoi dan dijatuhkan hukuman kerana mengatur perlawanan.

Pada bulan Julai yang lalu, pemain yang berasal dari Ghana, Hashmin Musah mengejutkan dunia apabila dengan sengaja menjaringkan dua jaringan sendiri dalam satu perlawanan.

Selepas tamat perlawanan Hashmin Musah menyatakan dia melakukan perkara itu kerana dia mahu menghentikan gejala mengatur perlawanan yang didalangi bookie dalam perlawanan tersebut.

Hashmin Musah yang bermain untuk Inter Allies dengna berani mendedahkan bahawa ada pemain dalam pasukan mereka yang menjual perlawanan tersebut agar mereka kalah 1-5.

Pada kedudukan 0-5, Musah terus menjadikan kedudukan 0-7 agar bookie ‘kalah’ dalam perlawanan tersebut. Musah ketika itu menyatakan bahawa dia ada terdengar di hotel bahawa ada pihak datang mahu mereka kalah dalam perlawanan menentang Ashantigold – dalam aksi Liga Ghana.

Musah masih berlapang dada dan menganggap ianya cuma cakap cakap kosong dan yakin bahawa rakannya berintegriti.

Malangnya, ketika dalam aksi sebenar, rakan rakannya berkelakuan pelik dan memberikan 5 gol kepada lawan dalam keadaan tidak sepatutnya. Ko tengok video kat bawah ni.

Lalu dia berkata di dalam hati, memang benarlah bahawa ada pemain yang menjual perlawanan tersebut, lalu dia memastikan bahawa mereka kalah lebih daripada 5 gol.

“Saya mendengar di hotel bahawa ada orang bertaruh kami akan kalah 5-1,” kata Musah dalam sidang media.

“Saya memutuskan untuk memberitahu kamu semua tentang perkara ini di dalam sidang media ini kerana saya sangat menentang pengaturan keputusan perlawanan dan pertaruhan.”

“Ada rakan rakan saya yang membocorkan tentang perkara itu kepada saya. Dan saya mahu menghentikan mereka,” kata Musah dalam keadaan puas.

Video jaringan sendiri oleh Musah, bukan satu tetapi dua, telah tular di media sosial. Nama Musah didendang sebagai wira di seluruh dunia kerana keberaniannya menentang bookie.

Namun berlaku plot twist dalam kes tersebut. Selepas beberapa bulan siasatan dilakukan, ternyata Musah sendiri terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.

FA Ghana mendapati ada perkara yang tidak kena dengan tindakan Musah, dan mengenakan pertuduhan mengatur perlawanan ke atas Musah yang dikatakan sengaja menjadikan keputusan 7-0.

Pemain berusia 24 tahun itu bersama dengan 6 orang pegawai dari kedua dua pasukan telah dikenakan pelbagai pertuduhan berkaitan dengan mengatur perlawanan.

Kemudian, 3 lagi pemain Inter Allies dikenakan tindakan, manakala 15 lagi pemain Ashantigold dihukum kerana masalah disiplin.

Musah ketika ini digantung daripada bola sepak dan diberikan peluang untuk mencabar keputusan FA Ghana itu.

Jika dia gagal dalam rayuannya, maka dia berdepan dengan risiko digantung seumur hidup daripada bola sepak, hanya pada usianya baru 24 tahun. Ketika dia baru merasa menjadi pemain profesional.

Menurut laporan di Ghana, rupa rupanya Hashmin Musa dan 3 lagi pemain Ashantigold telah berkomplot untuk mengatur perlawanan agar Inter Allies kalah 7-0 dalam perlawanan itu.

Dan kemudian dia berpura pura menyatakan bahawa dia sengaja menjadikan kedudukan 7-0 kerana mahu menghentikan bookie daripada menang kerana mahu pasukannya kalah 5-1.

FA Ghana dalam kenyataan mereka berkata:

Jawatankuasa Disiplin FA Ghana telah mengenakan hukuman ke atas 4 pemain atas pelbagai kesalahan ketika aksi perlawanan ke-34 Liga Perdana Ghana pada musim 2020/21 di antara Ashantigold vs Inter Allies di Stadium Len Clay Stadium pada 17 Julai, 2021.

Hashmin Musah dari Inter Allies FC telah dikenakan tindakan atas 4 kesalahan berkaitan dengan pelanggaran peraturan Artikel 34(12), Artikel 34(5)(a), Artikel 34(6)(d) – peraturan GFA Premier League dan juga Artikel 11(2)(d) Kod Disiplin GFA.

Danso Wiredu Mensah dari Inter Allies FC dan Seth Osei dari Ashantigold, kedua dua mereka melanggar Artikel 34(5)(a) Peraturan GFA Premier League dalam perlawanan melibatkan kedua dua kelab.

Jawatankuasa disiplin GFA juga mengenakan tindakan ke atas pemain Ashantigol, Same Mohamed atas pelbagai kesalahan berkaitan Article 12(1)(b) GFA Disciplinary Code, Artikel 34(6)(d) dan Artikel 34(5)(a) GFA Premier league regulations.

Kesemua keempat empat pemain boleh menghantar kenyataan membela diri mereka sebelum 24 September lalu. Dan GFA akan mengendalikan kes mereka sebaiknya.

Baca Juga

Baca Juga