Pemain Ini Mengutip Objek Di Padang Lalu Berpura-Pura Dibaling

Kisah yang lucu dan tidak patut terjadi dalam bola sepak apabila seorang pemain berpura-bura dibaling objek oleh penyokong selepas beliau mengutip objek itu lalu berlakon seolah-olah dibaling.

Kejadian yang memalukan ini terjadi dalam perlawanan divisyen ketiga dalam piramid bola sepak Guatemala demi meraih sesuap perhatian daripada pengadil perlawanan.

Satu percubaan yang terang-terangan mahu menipu pengadil dilakukan dihadapan penyokong dan lebih malang aksi penipuan itu dirakam dengan kualiti yang agak baik dan jelas.

Pada awal rakaman dilihat satu objek telah dibaling ke padang ketika permainan dihentikan kerana terdapat kecederaan pemain dan pemain terbaring sambil dikelilingi pemain lain dan pengadil.

Objek dibaling itu jatuh ke padang dan tidak kena kepada mana-mana pemain pun.

Pemain Batanecos FC, Rosbin Ramos dengan tiba-tiba datang dan mengambil objek tersebut dan mungkin pada pandangan pertama beliau mahu mengeluarkan objek itu dari padang.

Namun kegilaan terjadi apabila Rosbin Ramos menggunakan objek itu untuk memukul dirinya lalu rebah ke tanah menggelupur seperti beliau mangsa balingan objek.

Rosbin Ramos ketika tergoles masih memegang objek itu dan mengangkat objek itu bagi membuktikan beliau dibaling.

Malangnya pengadil perlawanan tidak menyedari akan peristiwa itu dan menjadi sia-sia dan tiada apa-apa hukuman diberikan pengadil.

Tak tahu la apa perasaan Rosbin Ramos lepas tengok video ni.

BACA:  Jordan FA Tuduh Penjaga Gol Skuad Wanita Iran Sebenarnya Seorang Lelaki