Pemain Ini Ternyata Lebih Tawadduk Daripada Kante

Pada hari ini kelab-kelab bola sepak China berbelanja bagaikan tiada hari esok dengan ratusan jutaan dollar telah digunakan untuk membawa pemain ke Liga Super China. Antara pemain yang telah dibawa masuk antaranya ialah Oscar, Carlos Teves, Gervinho, Paulinho, Alexandre Pato dan juga Alex Texeira.

Terbaru, kelab Tianjin Quanjin telah membida penyerang Fiorentina berbangsa Croat, Nikola Kalinic dengan harga £43 juta (RM283 juta), jauh mengatasi nilai  Alexis Sanchez yang dibeli Arsenal dengan nilai £31.7 juta (RM175 juta) yang kini mengetuai carta jaringan Liga Perdana Inggeris dengan 17 gol.

Walaubagaimanapun, seperti dalam drama TV3 pukul 7 petang, Kalinic telah menolak baik bidaan tersebut dengan mengatakan,”Nilai ambe dok sampai £43 juta.”

Ringkas, namun cukup untuk membuktikan sikap tawadduknya.

Kalinic setakat ini telah menjaringkan 10 gol buat kelab dari Florence tersebut musim ini dan telah menjaringkan lebih daripada 30 gol sejak menyertai Fiorentina pada tahun 2015. Sebelum ini Kalinic pernah bermain untuk Blackburn Rovers dan hanya menjaringkan 7 gol.

Tidak dapat dipastikan sama ada pengurusan Fiorentina gembira atau sedih setelah menerima berita ini kerana dari satu sudut, mereka bakal kehilangan penyerang utama mereka dan dari sudut lain, mereka gagal menjana pendapat tambahan £43 juta untuk tahun ini.

Sabarlah wahai hati.

Baca Juga

Baca Juga