Pemain Kelantan Mandi Bunga Sebelum Lawan Kedah

KOTA BHARU: Semua pemain Kelantan bersama pengendalinya, K Devan bakal mandi bunga di spa sebelum turun menentang Kedah di Alor Setar dalam saingan Liga Super malam ini dan Piala FA pada Jumaat.

12728452_952176478163413_1117218416_n

Itu adalah usaha terbaharu dilakukan oleh Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Dr Vida selepas kecewa dengan kegagalan skuad Pamoga Que Puteh The Red Warriors (PQPTRW) mengutip mata penuh bertemu Sarawak, minggu lalu.

Dr Vida atau nama penuhnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata rawatan spa itu bertujuan membangkitkan aura positif pemain selain memulihkan tenaga mereka sebelum berkunjung ke Stadium Darul Aman.

“Saya akan belanja mereka untuk mendapatkan rawatan itu di mana-mana spa sebelum aksi bermula. Kebetulan pula, saya ada produk untuk digunakan dalam rawatan berkenaan.

“Saya lakukan semua ini selepas melihat pemain seolah-olah tidak bersemangat dan tidak bermaya. Mereka ada peluang untuk menang, tapi benteng pertahanan pula buat kesilapan.

“Sebelum ini masalahnya pemain import, Dramane Traore, tapi kali ini barisan pertahanan pula. Saya fikir dengan cara ini mungkin membantu memberikan aura positif kepada mereka sekali gus memulihkan semangat skuad Kijang dan Devan,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Dr Vida yang juga penaja utama KAFA musim ini berkata, rawatan berkenaan akan dilakukan di Kedah sebelum bermulanya perlawanan dengan skuad Helang Merah malam ini.

“Saya mahu aura juara bersama mereka dalam dua perlawanan penting itu. Diharap selepas ini, pemain dan jurulatih akan rasa lebih segar dan cergas serta bersemangat untuk menang,” katanya.

Pada masa sama, jutawan kosmetik itu mahu Devan mencari jalan penyelesaian segera kepada masalah yang membelenggu pasukan berkenaan sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Katanya, beliau menaruh harapan tinggi kepada pasukan Kelantan untuk merekodkan kemenangan di negeri Hijau Kuning itu setimpal dengan suntikan dana besar yang dilaburkan terhadap pasukan berkenaan.

“Pada perlawanan dengan UKM FC minggu lalu, nampaknya masalah di bahagian serangan selain Traore gagal menemui penyudah berbisa. Tapi selepas bertemu Sarawak pada Jumaat lalu, timbul pula masalah di bahagian pertahanan,” katanya.

Selanjutnya di : Berita Harian

Baca Juga

Baca Juga