Dua pemain Korea Selatan yang beraksi di K-League didakwa telah melakukan perbuatan berbaur perkauman kerana mempersendakan pemain dari Asia Tenggara.
Dua pemain yang dimaksudkan itu adalah Park Yong-woo dan Lee Kyu-seong yang beraksi bersama Ulsan Hyundai.
Menurut laporan Korea Football News di Twitter, kedua-dua pemain menggelar rakan sepasukan mereka Lee Myeong-jae sebagai ‘Sasalak’ dan pemain ‘kuota Asean’.
Yong-woo dan Kyu-seong menyamakan Myeong-jae dengan pemain Buriram United dan Thailand, Sasalak Haiprakorn kerana kulit gelap yang dimiliki rakan sepasukan mereka itu.
— Korea Football News (@KORFootballNews) June 11, 2023
Seperti semua sedia maklum, K-League menyediakan satu slot khas untuk pemain asing dari Asia Tenggara.
Bagaimanapun sehingga kini, tidak ramai pemain dari rantau ini yang berjaya melakukan penampilan di liga utama Korea Selatan itu kerana perbezaan kualiti dan jurang kompetitif yang dimiliki oleh liga itu.
Bagaimanapun perbuatan oleh kedua-dua pemain tersebut menyamakan rakan sepasukan mereka dengan Sasalak atau ‘kuota Asean’ dianggap sebagai perbuatan diskriminasi walaupun ia sekadar gurauan di kalangan rakan sepasukan.
🚫Recently on their Instagram page, members of Ulsan Hyundai FC club in K.League 🇰🇷made racist comments towards a Asean players.
🫵As Asean people, we cannot silently consider these actions as jokes. Racism should be condemned in all its forms in the world of football.#NoRacism pic.twitter.com/b1aaHPNaZh
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 11, 2023
Nama Sasalak sebenarnya tidak asing di kalangan peminat dan pemain yang beraksi di K-League.
Ini kerana pemain tengah Thailand itu pernah beraksi bersama Jeonbuk Hyundai pada 2021 sebelum kembali ke Buriram pada musim berikutnya.
Walaupun tidak beraksi di K-League 1 beberapa pemain dari Asia Tenggara lain beraksi di K-League 2 seperti Kogileswaran Raj (Chungbuk Cheongju), Nguyen Van Toan (Seoul E-Land), Nguyen Cahn Anh, Vu Minh Hieu (Cheonan City), dan Asnawi Mangkualam (Jeongnam Dragons).