Pemain Liga Itali Digantung Lima Perlawanan Kerana Kencing ke Arah Penyokong Lawan

Seorang pemain liga Serie D, Giovanni Liberti yang bermain untuk psaukan Turris telah digantung lima perlawanan kerana satu kesalahan – kencing ke arah penyokong lawan.

Dalam perlawanan pada hari Ahad dua minggu lalu ketika Turris bertemu Sarnese di tempat sendiri, Liberti dilihat telah kencing dengan menghadap penyokong lawan dan melakukan aksi yang tidak senonoh dengan kemaluannya, ketika perlawanan memasuki masa kecederaan dan kedudukan semasa kedua-dua pasukan terikat 3-3.

Keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Kelab Liberti, Turris walaubagaimanapun mempertahankan pemainnya dan mendakwa telah berlaku salah faham.

“Pemain kami, Liberti, tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu,” kata presiden kelab, Antonio Colantonio.

“Cerita dia macam ni yob, di kawasan memanaskan badan ada satu air terjun dekat dengan dinding dan Liberti – yang telah sedia untuk dimasukkan ke padang – sedang minum dan betulkan baju dia yang sepatutnya dimasukkan ke dalam seluar.

Inilah stadium lokasi di mana Liberti ditiduh kencing | Gambar : vesuvio Live

“Masalahnya lagi, satu-satunya individu yang menyokong pendakwaan terhadap Liberti ini ialah pembantu pengadil yang berada di seberang padang!

“Kelab pelawat pun sudah sahkan bahawa pemain kami tak buat perkara tak senonoh tu.

” Aku sedih la jugak lepas mahkamah sukan jatuhkan hukuman macam tu. Tapi lawan tetap lawan!

“Nasib baik tol Batu Tiga dah nak dihapuskan, hilang sikit marah aku ni,” tambah Colantonio lagi mengakhiri temuramah wartawan.

Kasihan juga pasukan Turris ni apabila pemainnya dihukum tanpa bukti yang kukuh. Mungkin FA Itali sayangkan pasukan Sarnese sangat-sangat sampai sanggup apa sahaja untuk jatuhkan lawan kelab tersebut. Mana lah tahu, kan?

Sumber berita : Fourfourtwo

Baca Juga

Baca Juga