Pemain Liverpool Didakwa FA England Kerana Terlibat Dalam Perjudian

Keputusan Daniel Sturridge untuk menyertai West Brom secara pinjaman pada Januari musim lalu kini disiasat Persatuan Bola Sepak England atas dakwaan melanggar peraturan yang berkait dengan perjudian.

Penyerang Liverpool itu berada dalam perhatian FA England berikutan dakwaan beliau melanggar peraturan yang tidak membenarkan mana-mana pemain terlibat dalam perkara yang berkait dengan perjudian.

Sturridge merupakan pemain yang sedang disiasat FA England kerana terlibat dalam perjudian bola sepak

Sturridge menerima surat pertuduhan pada hari Isnin dan mempunyai masa sehingga 20 November untuk memberikan response.

Jurucakap Liverpool mengesahkan Sturridge akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang bakal dijalankan tidak lama lagi.

Sturridge berpindah ke West Brom pada pertengahan musim lalu secara pinjaman dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak waktu permainan bagi meraih tempat dalam skuad Piala Dunia England.

Walau bagaimanapun, beliau hanya sempat bermain selama 4 bulan sebelum West Brom menamatkan tempoh pinjaman lebih awal kerana kecederaan.

Sturridge didakwa memberi maklumat kepada pihak tertentu yang beliau akan menyertai West Brom

Beliau berpindah ke West Brom pada 29 Januari 2018 selepas berminggu-minggu spekulasi yang mengaitkannya dengan beberapa kelab ternama. Keputusan Sturridge untuk menyertai West Brom dianggap pilihan yang agak mengejutkan kerana kelab tersebut sedang bergelut di zon relegasi pada ketika itu.

Tambahan pula, sebelum West Brom menunjukkan minat, beberapa kelab ternama seperti Sevilla, Inter Milan dan Newcastle ada memasang niat untuk memancing Sturridge.

Sebelum West Brom menunjukkan minat yang serius untuk mendapatkan Sturridge, ‘odds’ atau kebarangkalian pemain tersebut untuk berpindah ke West Brom diletakkan pada angka 50/1.

Namun begitu, 24 jam sebelum perpindahan pinjaman tersebut dimuktamadkan, terdapat beberapa ‘bet’ yang agak besar diletakkan untuk melihat Sturridge berpindah ke West Brom. Tidak lama kemudian, ‘odds’ yang pada asalnya setinggi 50/1 tiba-tiba turun menjadi 5/2.

Walau bagaimanapun, Sturridge menerusi kenyataan daripada Liverpool, berkata beliau tidak pernah berjudi mengenai bola sepak.

Joey Barton paling lejen. Steady je berjudi. 10 tahun baru kantoi

Untuk rekod, pada tahun 2014, FA England mengetatkan lagi undang-undang yang berkait dengan perjudian apabila menetapkan mana-mana pihak yang terlibat dengan bola sepak tidak boleh memberi maklumat kepada pihak lain yang boleh digunakan untuk tujuan perjudian.

Liverpool turut berkata mereka tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan mengenai isu ini sehingga kes ini selesai.

Jika Sturridge terbukti bersalah, beliau mungkin boleh melupakan niat untuk beraksi lagi musim ini. Antara pemain yang pernah menerima hukuman berat daripada FA kerana terlibat dalam perjudian adalah Joey Barton yang digantung selama 13 bulan pada tahun 2017. Barton didapati bersalah kerana melakukan 1260 ‘bets’ sepanjang tempoh 10 tahun .

BACA:  Duo Liverpool Sedang Dalam Usaha Mereka Untuk Pecahkan Rekod Premier League