Pemain Liverpool Menyanyikan Lagu YNWA Dengan Penuh Emosi

Malam yang istimewa dan penuh dengan kemeriahan bagi pasukan paling hebat di muka bumi, Liverpool power di Anfield, pemain Liverpool dan penyokong mereka berpesta, menari menyanyi dan bersorak keriangan.

The Reds menamatkan kejuaraan Premier League selepas 30 tahun menunggu dan menjuarainya dengan sangat bergaya dan diingati ramai lantaran prestasi luar biasa musim ini.

Liverpool sangat fokus dalam misi mereka untuk menjulang trofi Premier League dan mengorbankan beberapa kejohanan domestik dan Eropah.

Hasilnya mereka disahkan sebagai juara ketika liga masih berbaki 7 perlawanan. Pasukan paling pantas muncul juara dalam sejarah Premier League.

Tangisan kegembiraan menitis di pipi penyokong mereka kerana penantian 30 tahun mereka kini menjadi kenyataan. Mungkin ayat ini korang pernah dengar:

“Dah 30 tahun aku tunggu Liverpool jadi juara EPL.” Ujar beberapa penyokong Liverpool yang berusia dalam lingkungan 25-30 tahun

Tanpa kehadiran puluhan ribu penyokong di Anfield untuk melihat sendiri detik bersejarah Jordan Henderson menjulang trofi Premier League suasana tetap meriah dan auranya, MasyaAllah.

Diluar Anfield kemeriahan dengan penuh kegilaan telah berlangsung ketika perlawanan masih berlangsug dengan letupan bunga api dan nyalaan suar.

Aura kegembiraan dan keriangan jelas terpancar menutup segala aura hasad dengki dan iri hati serta kata-kata daripada penyokong lawan.

Persembahan muzik, bunga api dan pengcahayaan berjaya menghidupkan suasana membangkitkan aura sang juara.

Jika sebelum ini lagu keramat Liverpool, ‘You’ll Never Walk Alone’ secara tradisinya akan dinyanyikan oleh penyokong mereka sebelum perlawanan namun normal baharu mengubah segalanya.

Bagi mengnang jasa penyokong yang memberi sokong tanpa berbelah bahagi maka para pemain dan staff Liverpool berpegan tangan dan berganding bahu menyanyikan lagu keramat itu dengan penuh emosi.

Jurgen Klopp, Mohamed Salah, Virgil van Dijk, Sadio Mane dn setiap ahli pasukan telah menyanyikan lagu ini sepenuh hati. Satu detik yang membuatkan bulu-bulu termasuk bulu roma meremang.

Lagu yang indah dinyanyikan dalam satu majlis yang power membangkitkan semangat yang sudah 30 tahun hilang lalu menjadikan ia satu semangat perjuangan harmoni.

You’ll never walk alone

You’ll never walk alone atau dalam bahasa Melayunya ‘anda tidak akan berjalan keseorangan’ merupakan lagu paling popular dalam bolasepak, dan sering dinyanyikan peminat Liverpool sebelum sepak mula di Anfield.

Lagu ini dianggap lagu rasmi kepada Liverpool dan mungkin lagu paling popluar dalam dunia bola sepak ketika ini. YNWA turut dinyanyikan peminat kelab lain seperti Celtic, Borussia Dortmund, dan beberapa lagi kelab di luar sana.

Lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ ditulis oleh Oscar Hammerstein II dan diolah lebih lanjut oleh Richard Rodgers untuk teater musikal mereka yang bertajuk ‘Carousel’.

Lagu tersebut mula diterbitkan di Amerika Syarikat sekitar tahun 1945.

Antara kelab terkenal yang diketahui menyanyikan lagu ini adalah Celtic, Borussia Dortmund dan Feyenoord.

When you walk through a storm, hold your head up high
And don’t be afraid of the dark
At the end of the storm, there’s a golden sky
And the sweet, silver song of a lark

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Though your dreams be tossed and blown

Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone

Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone

BACA:  Nilai Pendapatan Sadio Mane Bersama Bayern Munich Telah Didedahkan