Pemain Liverpool Terbaik Pilihan Jurgen Klopp

Jurgen Klopp telah berjaya menggilap bakat-bakat muda serta menandatangani beberapa pemain bintang. Baru-baru ini Klopp telah mendedahkan pemain terbaik yang ditandatangani olehnya sepanjang bersama Liverpool.

Beliau telah membina barisan pemain yang luar biasa hebat sepanjang menjadi pengurus pasukan terhebat dunia itu.

Pengurus pasukan Liverpool itu sudah berjaya membantu pasukan kendaliannya untuk mendakap kejuaraan Liga yang pertama dalam tempoh 30 tahun ini.

Sang penakluk dunia kini sudah mengesahkan gelaran sebagai penakluk England dan menanti majlis rasmi untuk ditabalkan sebagai Juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Klopp telah menghabiskan beberapa tahun kebelakangan ini untuk membina skuad yang sangat hebat dengan membuat beberapa penandatanganan pemain berkelas dunia seperti Alisson dan Virgil Van Dijk.

Kehadiran Alisson dan Virgil Van Dijk sangat membantu memantapkan pasukan Liverpool. Pembelian yang sangat berbaloi.

Pengurus Jerman itu ditanya oleh Pure Football, siapa pemain paling berbaloi dan hebat yang beliau tandatangani semasa di Liverpool.

Kloop menjawab pemain yang paling berbaloi ditandatangani olehnya adalah Trent Alexander Arnold.

“Ia adalah Trent”

“Kami tidak perlu membelinya tetapi pembantu saya, Pep Lijnders membawa dia kesini dan menjelaskan kepada saya semua tentang Trent.”

Jelas Klopp.

“Dia bermain di role no 6 untuk Pep, dia juga boleh bermain bahagian pertahanan kanan, sayap kanan dan juga sayap kiri.”

“Kemudian Trent datang dan satu-satunya masalah ketika itu ialah beliau tidak cukup fit.”

“Dia cuma seorang budak yang tidak cukup fit tetapi kami nampak dia ada sesuatu yang luar biasa dalam dirinya. Dia ada masa depan dalam bola sepak.”

“Soal dia tidak cukul fit kami harus bekerja lebih keras untuk perbaikinya, tetapi Trent berusaha sendiri dan kami nampak perubahannya. Sangat luar biasa.”

“Bila dia melakukan kesilapan dia tidak pernah menyerah.”

Pemain muda berusia 21 itu telah melakukan debutnya pada tahun 2016 dalam satu perlawanan league Cup menentang Spurs.

Beliau kemudian muncul membuat debut pertamanya dalam saingan premier league beberapa bulan kemudian menentang Manchester United.

Kini beliau sudah beraksi lebih 125 perlawanan untuk Liverpool dan menjadi pemain penting dalam sistem taktikal Klopp.

Gandingan beliau bersama Andrew Robertson sangat membantu bahagian serangan dan pertahanan Liverpool dua musim terakhir ini.

Robertson juga antara pemain paling berbaloi yang ditandatangani oleh Jurgen Klopp dengan nilai £8 juta.

Musim ini Trent Alexander Arnold telah mencatatkan 12 assist dalam saingan premier league, menjadikan beliau pemain kedua mengumpul assist terbanyak dibelakang Kevin De Bruyne.

Klopp tidak memilih pemain yang ditandatangani dengan nilai yang tinggi sebaliknya beliau lebih memilih pemain yang ditandatangani secara percuma sebagai pemain paling berbaloi untuknya.

BACA:  Lovren Gembira Gandingan Bersama Van Dijk Menampakkan Hasil Yang Positif