Pemain Man Utd Persoal Keputusan Ole Lantik Maguire Sebagai Kapten

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yang telah diberikan peluang kedua dengan tiga talian hayat boleh digunakan dengan wajib menang dalam tiga perlawanan mendatang.

Seperti dijangka kisah Eric Bailly yang mempersoalkan kenapa Harry Maguire diturunkan walaupun tidak cergas bakal menjadi kepada siri pendedahan ketidakpuasan hati pemain terhadap kredibiliti Ole Gunnar Solskjaer.

Kurang 24 jam selepas itu satu laporan dari wartawan The Time, Paul Hirst telah membuka mata ramai dengan begitu terperinci betapa tidak harmoninya skuad Setan Merah ketika ini.

Dua hari selepas Manchester United tewas kepada Leicester City pada 16 Oktober 2021 satu perjumpaan telah diadakan diantara para pemain dan juga staf kejurulatihan.

Menurut Paul Hirst, Ole Gunnar Solskjaer secara budimannya meminta para pemain untuk bercakap dan meluahkan isi hatinya untuk memperbaiki prestasi pasukan yang dalam keadaan yang sangat teruk.

Lantaran peluang terbuka yang diberikan oleh Ole sepertimana seorang pemain Manchester United yang dirahsiakan namanya telah bertanya satu soalan yang amat mengejutkan.

Pemain tersebut telah mempersoalkan keputusan Ole Gunnar Solskjaer untuk memberikan lilitan ketua pasukan hanya selepas enam bulan selepas beliau dibeli dari Leicester City dengan harga £80 juta.

Untuk rekod Harry Maguire menyertai Manchester United pada Ogos 2019 dan dilantik sebagai ketua pasukan menggantikan Ashley Young berhijrah ke Inter Milan pada januari 2020.

Pada ketika itu sehingga ke hari ini masih tidak berkesudahan peminat dan pengulas bola sepak mempertikaikan kenapa Harry Maguire dilantik sebagai kapten.

Selepas hampir dua tahun Maguire menjadi kapten, akhirnya ada dikalangan pemain sendiri mempersoalkan keputusan itu. Dah lama sangat pendam ni.

Bersama pasukan England, Harry Maguire agak cemerlang dan membawa Skuad Tiga Singa ke final EURO 2020 dan bersama Manchester United, Maguire ada memberi impak namun tidak meyakinkan dengan beberapa siri aksi kelakar.

Menurut dakwaan ramai, Harry Maguire juga tidak vokal di dalam padang dan hanya sibuk membetulkan rambut serta tidak mempunyai semangat, aura dan karisma sebagai seorang pemimpin yang mampu menjadi teladan kepada yang dipimpin.

Dalam perjumpaan itu seorang pemain yang lain yang juga rahsiakan namanya telah meluahkan apa yang terbuku dengan mengkritik segelintir rakan sepasukan yang pada pandangannya kurang motivasi ketika sesi latihan.

Kemudian ada seorang lagi pemain mempersoalkan pemilihan pemain yang dibuat Ole kerana keengganan pengurus Norway itu menggugurkan pemain bintang yang teruk menurun prestasinya.

Pemain yang sama juga percaya bahawa Ole dan staf kejurulatihannya terlalu takut untuk meletakkan pemain simpanan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang di sesi latian ke dalam kesebelasan utama pada hari perlawanan.

Perjumpaan diadakan Ole bersama pemain dan staf kejurulatihan ini boleh dianggap sebagai sesi meluahkan perasaan sahaja dan bukan untuk memperbaiki prestasi pasukan.

Ini kerana selepas perjumpaan itu, Ole masih menggunakan pemain yang hampir sama ketika bangkit ke atas Atalanta dan terkulai layu dikaki Liverpool.

Jelas disini oleh sendiri tidak jelas dengan apa yang beliau mahukan lakukan walaupun telah meminta pandangan para pemain namun tetap tidak melakukan sebarang perubahan.

Sebelum ini ada peminat Setan Merah menyatakan Ole ini bagus kerana dapat mengawal bilik persalinan dan para pemain menghormati beliau kerana memegang status legenda kelab.

Kini telah terbongkar, suasana bilik persalinan tidak lagi harmoni apabila sudah terdedah ke media arus perdana cerita-cerita pemain mempersoalkan kredibiliti Ole.

Ole kini kepanasan teruk diserang dari segenap penjuru dan hanya bergantung kepada kabel fiber optik beliau yang disambung kepada Sir Alex Ferguson sebagai sandaran dan bekap untuk terus diberi peluang.

Pada kebiasaannya jika pemain mula mempersoalkan keputusan dan kredibiliti pengurus maka tidak lama jangka hayat pengurus tersebut bersama kelab. Walau secekang mana kabel Ole, keputusan di padang akan menjadi penentu.

BACA:  Teori Konspirasi: Kenapa Manchester United Sah Bergelar Juara Premier League 2021/22?