Pemain Manchester United Mental Koyak –  Mourinho

Pengurus Manchester United hari ini melabel beberapa pemain kelab tersebut sebagai mental koyak teruk gila macam budak raver dalam satu temuramah menjelang pertemuan antara pasukan Syaitan Merah tersebut dengan Leicester City.

Sejak Oktober, United kekal tanpa kalah namun tersekat di tangga keenam liga. Kesian jugak kan?

Mourinho sebelum ini sangat vokal dalam menegur pemain seperti Luke Shaw, Anthony Martial dan Chris Smalling, dan menurutnya, ketiga-tiga pemain ini selalu diberi perlindungan ketika rejim pengurus terdahulu.

Mou dan Bobby di Barcelona

Menurut Mourinho lagi, sejak mula bergiat dalam bola sepak sebagai penolong Bobby Robson di Sporting pada tahun 1992, bola sepak hari ini sudah banyak berevolusi namun apa yang masih kekal ialah semangatnya untuk sentiasa menang.

“Bermain untuk menang, bertanggungjawab untuk menang dan menangani tekanan untuk menang – itu adalah sesuatu yang perlu ada secara semula jadi (dalam diri pemain). Namun ada beberapa pemain yang tidak begitu.”

Pertemuan minggu ini menentang Leicester bakal menguji keberkesanan taktikal Mourinho dan semangat pemainnya. Mourinho juga dikecam segelintir peminat kerana masih meletakkan Ibrahimovic dan Paul Pogba dalam kesebelasan utama pasukan, meskipun kedua-dua pemain ini gagal memberikan impak positif dalam banyak permainan.

Untuk rekod, Pogba lebih banyak menukar gaya rambut berbanding menjaringkan gol.

Baca Juga

Baca Juga