Pemain Muda Korea Utara Tidak Mengenali Steven Gerrard

Lagenda Liverpool, Steven Gerrard telah menjaringkan 120 gol dalam 504 perlawanan liga dan telah menjulang trofi Champions League, 2 Piala FA, 3 Piala Liga serta satu UEFA Cup tetapi masih ada pemain bola sepak profesional tidak mengenali Gerrard.

Pada awal tahun 2015, 3 anggota peninjau bakat Liverpool telah melawat I.S.M Academy yang merupakan sekolah bola sepak di Corciano untuk berbual dan bertemu mata dengan penyerang remaja yang berpotensi besar.

Pemain yang dilawati oleh peninjau bakat Liverpool itu adalah Han Kwang Song pemain dari Korea Utara. Seperti biasa ketua peninjau bakat Liverpool, Barry Hunter akan memetik nama Steven Gerrard bagi memancing minat pemain muda.

“Siapa Gerrard?” Tanya Han Kwang Song dari Korea Utara,

Han Kwang Song juga tidak terlepas dari kaedah yang digunakan Hunter. Beliau telah memetik nama Gerrard untuk membuatkan pemain muda itu kagum, namun jawapan dari Han Kwang Song pula membuatkan Hunter bukan sahaja kagum malah terkentut. Ghau..ghau.. baunya.

“Siapa Gerrard?” Soal Han Kwang Song tanpa rasa bersalah.

Hunter menjadi keliru, salahkan ku jangan salahkan ku. Dua orang lagi peninjau yang bersama Hunter terpaku di kerusi mereka. Hunter segera mengambil laptop dan menunjukkan gambar Gerrard dan cuba menerangkan siapa Gerrard sambil memasang lagu Keliru nyanyian Ajai dan Nurul.

Tak kenal aku? Aku Champion la S***!

Dalam penerangannya, Hunter menceritakan kepada pemain remaja itu bahawa Gerrard merupakan bekas pemain Liverpool dan ketua pasukan England. Namun tidak dapat dipastikan samada Hunter menceritakan atau tidak kisah gelinciran Gerrard.

“Ini satu situasi yang kekok, janggal serta canggung.” Luah Alessandro Dominici, pengarah akademi tersebut yang menceritakan kembali peristiwa luar biasa itu.

Han Kwang Song yang kini berusia 19 tahun tiba di Italy tiga tahun lalu. Selepas peristiwa ini tidak diketahui samada Liverpool masih berminat atau tidak dengan pemain dari Korea Utara ini.

Gambar ikonik ni, tak kenal jugak?

Baca Juga

Baca Juga