Pemain Nice Dilayangkan Kad Merah Selepas 9 Saat Perlawanan Bermula

Pemain pertahanan Nice, Jean-Clair Todibo dengan sensainya mendapat kad merah terpantas musim ini. Dia dibuang padang hanya selepas 9 saat daripada wisel permulaan.

Nice melayan kunjungan Angers di Allianz Riviera. Dan mereka melakukan permulaan terburuk dalam perlawanan ini dengan bek tengah mereka dibuang padang sebelum berpeluh.

Angers memulakan sepak mula dan terus menyerang pantas ke kubu Nice dengan beberpa siri sentuhan yang cemerlang.

Todibo kemudian membentes Abdallah Sima yang menggeleceknya. Kecemerkapan Todibo membuatkan dia terlepas bola dan membantai kaki lawannya.

Pengadil menilai bentesan itu sebagai bentesan menafikan peluang gol yang jelas selepas Todibo menjatuhkan pemain Senegal tersebut.

Ianya peristiwa yang selalu kita lihat dengan permainan video seperti PES atau FIFA. Tetapi kali ini berlaku di alam nyata.

Menurut rekod, ianya merupakan kad merah terpantas dalam sejarah Ligue 1. Hannya berlaku dalam masa 9 saat sahaja.

Dia sendiri seolah olah tidak percaya dengan malang yang menimpanya. Nak panaskan megi pun 2 minit.

Pengadil tiada kesangsian tentang keputusannya. Malah tidak menyesal langsung melayangkan kad merah kepada Todibo.

Sudah pastinya kad merah awal itu membuatkan pasukannya dalam masalah.

Nice menelan kekalahan kelima mereka musim ini. Dengan jaringan tunggal bekas pemain Tottenham Hotspur, Nabil Bentaleb pada hujung separuh masa pertama memberikan kemenangan kepada bekas kelab Dickson Nwakame itu iaitu Angers.

Kemenangan itu membolehkan Angers menyamai kutipan mata dengan Nice. Kedua dua pasukan masing masing di kedudukan ke-13 (OGC Nice) dan ke-14 (Angers).

Angers antara pasukan yang paling teruk pertahanan mereka musim ini di Ligue 1 mencatatkan clean sheet dalam perlawanan ini. Dan ini adalah kemenangan kedua mereka.

Todibo merupakan bekas pemain muda Barcelona. Dia pernah dianggap prospek masa depan oleh Barcelona.

Malangnya Todibo hanya bermain 5 kali untuk Barcelona. Dia dipinjamkan ke Schalke, Benfica dan Nice.

Selepas berjaya memuaskan pengurusan Nice, dia kemudian dibeli secara tetap Nice dengan nilai harga €8.5 juta.

Musim lalu merupakan musim terbaiknya secara peribadi dengan muncul dalam 40 perlawanan dalam semua pertandingan.

Baca Juga

Baca Juga