Setiap pemain bola sepak berstatus professional sudah pasti menginginkan gaji yang cukup lumayan disamping dapat bermain bersama dengan sebuah kelab professional yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Jika kita melihat perkembangan sukan terutamanya bola sepak, ia sudah menjadi satu platform untuk seseorang pemain itu mencari rezeki demi masa depan mereka selain mengembangkan bakat ke tahap tertinggi.
Gaji pemain bola sepak di Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila boleh dikatakan separuh dari pemain Malaysia menerima gaji puluhan ribu sebulan. Maka tidak hairanlah jika mereka ini menjadi rebutan para wanita.
Jika kita melihat senario bola sepak di Malaysia, setiap dari kita ingin melihat suasana bola sepak kita maju dan sebaris dengan kelab bola sepak di EROPAH namun ini tampak agak sukar dan mungkin impian ini masih jauh untuk kita capai.
Forbes highest-paid athletes 2018:
Floyd Mayweather – $285m
Lionel Messi – $111m
Cristiano Ronaldo – $108m
Conor McGregor – $99m
Neymar – $90m
LeBron James – $85m
Roger Federer – $77m
Steph Curry – $76m? Bet Football ?https://t.co/2bXCTOpLnj#TwendeGame #BobiWine pic.twitter.com/7xbkEAieu2
— ChezaCash (@ChezaCash) August 18, 2018
Persoalannya kini, apabila seseorang pemain itu ditawarkan gaji lumayan apakah mereka perlu pergi atau kekal dan taat setia kepada kelab itu?
Bagi penulis, jika seseorang pemain itu ditawarkan gaji yang lebih baik dari sebelumnya, mereka patut pergi. Perkara ini sudah pasti akan menjadi pendebatan di kalangan penyokong setia mereka dan pemain yang pergi kerana duit ini pasti akan dicemuh oleh penyokong.
Antara sebab mengapa mereka patut pergi adalah ia merupakan pendapatkan untuk masa depan mereka.
Sumpah taat setia kepada kelab memang menjadi kebanggaan untuk sesebuah pasukan dan para peminat namun jika seseorang pemain itu mengalami kecederaan hingga gagal meneruskan kariernya apakah pasukan atau penyokong akan terus membantu mereka ini dari segi gaji?
Jika ya berapa lama?
Maka pemain yang ditawarkan gaji ‘lumayan’ ini perlu bijak dalam menentukan masa depan mereka. Dengan gaji yang baik, mereka boleh lakukan pendapatan sampingan seperti meniaga.
Kita boleh lihat sekarang ramai pemain bola sepak telah mengambil pendekatan sebegini bagi menjamin masa depan mereka. Antaranya Safiq Rahim, Badhri Radzi (piya), Nor Farhan Mohamad dan ramai lagi.
https://www.instagram.com/p/BjKlnJcAsab/
Selain itu, apabila seseorang pemain itu berada di tahap terbaik sudah pasti akan menerima tawaran gaji yang agak lumayan dan ini adalah lumrah dalam bola sepak moden.
Tambahan pula, pasukan di Malaysia tidak semua mampu menawarkan gaji ‘lumayan’ kepada pemain mereka. Maka ada sesetengah pasukan terpaksa melepaskan dengan ‘paksa rela’ pemain mereka berhijrah.
Itu tidak termasuk lagi dengan kelab yang gagal melunaskan gaji kepada pemain hingga menjejaskan periuk nasi mereka. Kini kita boleh lihat berapa ramai pemain terpaksa menagih simpati beberapa pihak untuk membantu mereka mendapatkan kembali hak mereka.
Hal inilah sedikit sebanyak menjadi mimpi ngeri kepada pemain.
Bagi sesetengah pemain pula, mereka akan memikirkan berapa banyak peluang/minit untuk bermain, fasaliti pasukan tersebut dan gaji yang bakal diterima.
Namun ada juga diantara pemain di Malaysia ini lebih memikirkan gaji daripada yang lain. Setiap pemain ada alasan tersendiri mengapa mereka membuat pilihan tersebut.
Highest paid football players from endorsements per year
Cristiano Ronaldo – €40M
Messi – €23M
Neymar – €14.5MHighest paid football players in the world (club)
Messi – €40M -Barca
Neymar – €36M -PSG
Cristiano Ronaldo – €30M -Juve (was 21M at RealMadrid)Source: Forbes pic.twitter.com/eW0atzN1pc
— -CR7 Paaji- (@Kakarla07) July 15, 2018
Disamping itu, apabila seseorang pemain itu berada di tahap terbaik, pemain ini akan menjadi rebutan banyak pasukan namun jika mereka gagal berada di tahap terbaik sudah pasti khimat mereka mula dilupakan.
Ketika ini sudah pasti tawaran yang akan terima juga akan jauh lebih rendah berbanding ketika berada tahap terbaik.
Itu belum dikira pemain yang mengalami kecederaan hingga menyukarkan mereka mencari pasukan baru.
Contohnya seperti pemain Johor Darul Takzim (JDT), Junior Eldstal yang terpaksa melupakan terus dunia bola sepak akibat kecederaan yang dialaminya.
Bola sepak Malaysia vs bola sepak Eropah
Jika kita melihat trend di Eropah pula, apabila mereka menerima tawaran yang terbaik, kebanyakkan pemain pasti akan pergi.
Soal gaji sudah pasti menjadi faktor utama untuk mereka. Kita boleh melihat beberapa pemain terbaik dunia yang melakukannya. Antaranya :
1.Paul Pogba (Juventus ke Manchester United)
2. Thibaut Courtois (Chelsea ke Real Madrid)
3. Philip Countinho (Liverpool ke Barcelona).
Ini hanya sebahagian sahaja dan ramai lagi pemain yang sudah melakukannya.
Alasan yang kita sering dengar adalah untuk memenuhi impian mereka untuk bermain dengan kelab tersebut sejak kecil lagi itu hanyalah sebahagian alasan kecil.
Faktor utama boleh dikatakan adalah ‘duit’.
Namun begitu, jika dibandingkan boleh sepak Eropah dan Malaysia, ternyata ia masih jauh ketinggalan. Bola sepak di sana begitu rancak dari liga utama hingga ke akar umbi.
Masalah gaji pula kita jarang dengar kerana kebanyakkan pasukan mampu membayar gaji tersebut dengan baik.
Dari segi perubatan pula, pemain yang mengalami kecederaan yang serius hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja dan selepas itu mereka akan kembali beraksi seperti sedia kala.
Situasi ini jauh beza dengan Malaysia.
Kesimpulan
Jika pemain di Malaysia ditawarkan gaji yang menarik, pergilah kerana ini adalah masa depan anda. Anda akan diperlukan ketika berada.
Penulis
Artikel ini telah ditulis oleh Mohd Amirul Fazli Bin Zulkafli untuk dipancarkan oleh The Sukan.