Pemain, penyokong Lions menangis‎ dalam perlawanan

KEMENANGAN, 2-0, Lions XII ke atas Pahang dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar semalam memberi makna tersendiri buat pemain dan penyokong.

Ini kerana, perlawanan itu merupakan aksi terakhir mereka dalam kancah saingan Liga Malaysia selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan tidak menyambung Memorandum Perjanjian (MoU).

“Ramai pemain menangis termasuk penyokong. Bagaimanapun saya berpendapat ia adalah pengajaran berguna buat semua kerana sepanjang empat musim ini, pemain melakukan yang terbaik untuk bola sepak Singapura,” kata jurulatih Lions, Fandi Ahmad.

Mengulas perlawanan terakhir itu, Fandi berkata, dia berbangga dengan semangat juang pemainnya.

“Saya memberitahu pemain supaya menikmati perlawanan itu. Mereka menunjukkan semangat juang yang tinggi dan beraksi dengan baik,” katanya

Baca Juga

Baca Juga