Pemain PSV Cetus Kontroversi Kerana Menyunting Gambar Choudry dan Fofana

Penyerang PSV Eindhoven Eran Zahavi mencetuskan kontroversi dan meminta makian orang ramai selepas dia telah menyunting gambar dengan cara yang sangat tidak professional atau dengan kata lainnya,nampak la bodoh di situ.

Zahavi, pemain berbangsa Israel, telah menukar gambar bendera Palestin yang dipegang Hamza Choudry dan Wesley Fofana ketika sambutan kemenangan Leicester dalam perlawanan akhir Piala FA tempoh hari, kepada bendera Israel.

Hamza Choudry dan Wesley Fofana telah mencuri tumpuan dunia disebalik kemenangan penuh bersejarah Leicester City yang merangkul trofi Piala FA buat pertama kali selepas menewaskan Chelsea 1-0.

Tindakan Hamza Choudry dan Wesley Fofana mengibarkan bendera Palestin sebelum acara penyampaian pingat sebagai tanda sokongan telah mendapat pujian dan bualan ramai.

Tahap suntingan macam tu sepatutnya terhenti di group WhatsApp je lah kan, tapi penyerang PSV ini telah memuat naik gambar tersebut ke Instagram Story dan memuatkan kapsyen “Thanks for your support” atau dalam bahasa Melayunya berbunyi: 

“Terima kasih di atas sokongan semua.”

Zahavi kemudiannya telah membuang gambar tersebut daripada laman sosialnya tetapi sempat ditangkap layar oleh pengguna Instagram yang lain.

Tidak dapat dikenalpasti kenapa pemain ini membuang hantaran tersebut sama ada dia takut diserang tentera siber Malaysia atau takutkan tindakan daripada kelabnya.

Setakat ini Eran Zahavi telah menjaringkan 25 gol dalam 66 perlawanan buat pasukan kebangsaannya.

Dia memulakan kariernya bersama kelab Israel, Hapoel Tel Aviv, sebelum berpindah ke Serie A dan Liga Super China dan kemudian ke PSV pada permulaan musim lepas.

Kalau nak ikutkan, Zahavi telah melalui minggu yang penuh trauma di mana rumah dia telah dirompak bersenjata di Amsterdam dan membahayakan isteri serta tiga anaknya.

Walaupun banyak barang dalam rumah dicuri, keluarganya selamat saja tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Dah kena macam tu pun ada hati nak bakar line orang ramai lagi, kan?

Baru-baru ini beberapa orang pemain berdepan tindakan disiplin kerana menunjukkan sokongan kepada negara di rantau bergolak tersebut ketika konflik sedang memuncak.

Antaranya pemain Arsenal, Mohamed Elneny telah memuat naik ciapan di laman Twitternya yang berbunyi:

“Hati dan jiwa aku dan sokonganku kepada Palestin”

Arsenal telah mengadakan satu perjumpaan tergempar dengan salah satu penaja Arsenal, The Lavazza Group. Ini bagi membincangkan post di media sosial oleh Mohamed Elneny.

Lavazza tidak suka dengan tindakan Elnenny yang memberikan sokongan kepada Palestin dalam media sosialnya sambil menuduh pemain itu sebagai rasis dan anti semitik (anti Yahudi).

Perkara itu membuatkan penyokong Arsenal dari kalangan orang Yahudi. Lavazza kemudian bersuara dan memberikan tekanan kepada Arsenal.

Dan Kumpulan Lavazza, yang telah menjadi rakan kopi rasmi kelab utara London sejak 2018, mengatakan bahawa post Twitter pemain tengah Mesir itu tidak sesuai dengan nilai mereka.

Tal Ofer, yang merupakan anggota Majlis Timbalan Yahudi Britain, menerusi The Lavazza Group berkata:

“Kami akan segera menghubungi Arsenal untuk menyatakan bahawa kami prihatin terhadap kelab yang berkaitan dengan mesej tersebut.”

“Kandungan post itu sangat tidak selaras dengan nilai syarikat kami. Lavazza Group komited sepenuhnya menentang rasisme dan antisemitism.”

Arsenal turut mengesahkan bahawa mereka sudah menerima panggilan daripada Lavazza Group berkenaan dengan status Elneny tersebut. Arsenal malah sudah bercakap dengan pemain tersebut tentang kesan daripada post beliau itu.

Arsenal menyatakan:

“Semua pekerja dalam Arsenal, pemain kami berhak untuk meluahkan pandangan mereka menerusi platform mereka sendiri. Itu yang kami katakan kepad Mo ketika berbincang dengan beliau tentang perkara ini. Jadi dia akan faham implikasi lebih besar daripada post dia.”

“Sebagai sebuah kelab kami komited untuk berhadapan dan menghapus kesemua jenis diskriminasi dan berterusan untuk menegakkan apa yang diperlukan untuk ekualiti dan diversiti secara keseluruhan dalam hidup.”

Lavazza turut meminta penaja lain seperti Adidas untuk tampil mengenakan tekanan yang sama ke atas Arsenal. Dan mereka meminta FA England mengambil tindakan dengan menggantung pemain tersebut.

Arsenal sekali lagi tidak menunjukkan sokongan kepada pemainnya berkaitan dengan isu kemanusiaan. Malah sekali lagi melihat post tersebut sebagai berbaur rasisme dan antisemitisme.

Peminat peminat Arsenal ramai yang marah dengan tindakan kelab dan menganggap Elneny berdepan dengan nasib serupa dengan Ozil sebelum ini. Di mana kelab menuduh Ozil bercakap tentang Uighur dari sudut politikal. Sedangkan pemain itu menegaskan dia cuma bercakap atas isu kemanusiaan.

Ramai yang meluahkan sokongan kepada Elneny dan kecewa dengan tindakan kelab.

Baca Juga

Baca Juga