Pemain Real Madrid Bakal Menerima Bonus RM11 Juta Yang Terbesar Dalam Sejarah Bola Sepak

Juara La Liga dan Liga Juara Eropah, Real Madrid bakal menyajikan bonus yang ‘gila’ dan lumayan apabila para pemain bakal berkongsi bonus yang kencang di mana setiap pemain bakal menerima RM11 Juta (£2 juta).

Pasukan dari Sepanyol itu dijangka akan memberi bonus yang paling besar dalam sejarah bola sepak selepas Real Madrid mencatatkan musim terbaik mereka dalam tempoh 59 tahun selepas kejayaan berganda juara liga dan juara Eropah.

Presiden kelab, Florentino Perez merupakan individu yang menentukan siapa bakal menikmati bonus dan berapa banyak akan diberikan. Situasi ini tidak sama dengan Premier League di mana bonus yang diberi kepada pemain adalah berdasarkan apa yang termaktub dalam kontrak.

Laporan menyebut bahawa, Florentino Perez bakal menjadi seorang yang pemurah selepas kelab mencapai musim terbaik sejak 1958. Menabur wang kepada pemain sedia ada tidak menghalang Perez untuk terus berbelanja dalam mendapatkan pemain baru di musim panas ini.

Real Madrid dilaporkan telah membuat bidaan sebanyak £118 juta untuk mendapatkan wonderkid dari Monaco, Kylian Mbappe yang turut menjadi rebutan Arsenal dan Manchester United.

Walaupun Arsenal telah menawarkan tawaran baru bernila £122 juta, Real mempunyai sebab untuk berjaya mendapatkan Mbappe kerana pemain muda tersebut merupakan peminat tegar Zinedine Zidane.

Kalau Real Madrid menang AFC Cup mau dapat RM40 juta sorang.

Sumber : The Sun

Baca Juga

Baca Juga