Setiap pemain bintang Real Madrid telah diberikan kereta mewah percuma oleh Audi mengikut pilihan dan selera masing-masing mengikut model kereta yang berkenan dihati.
Pengeluar kereta dari Jerman itu merupakan penaja kepada gergasi Sepanyol itu dan sudah menjadi lumrah untuk Audi sebagai penaja menyediakan kereta model terkini untuk pasukan.
Cristiano Ronaldo sudah terkenal dengan selera yang tajam telah menghadiahkan dirinya dengan memilih model Panther Black Rs7 Sportback edition selepas berjaya memecahkan rekod sendiri di Champions League.
Pemain dan ketua pasukan Portugal itu telah menjaringkan dua gol ketika Real Madrid menewaskan APOEL 6-0 dan mengumpulkan 18 gol dalam setahun dikejohanan tersebut lebih banyak berbanding pemain lain.
Harga Panther Black Rs7 Sportback edition yang menjadi pilihan hati Ronaldo bernilai £150,000 bersamaan RM822,420. Ni harga kat sana, masuk Malaysia darab la 3,4,5 kali. Juta-juta jadinya.
Pemain yang memilih kereta paling mahal menjadi milik Ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos yang nyata agak tajam seleranya.
Pemain pertahanan Sepanyol itu telah memilih R8 Spyder yang dilengkapi bumbung tanpa perlu ke Thailand untuk memasangnya dan rim aloi berwarna hitam yang bernilai £200,000 bersamaan RM1,096,560.00 sahaja.
Marco Asensio atau Safawi Sepanyol dengan rendah diri dan tawadduk memilih kereta paling murah di antara semua pemain. Asensio memilih Glacier White S5 Coupe yang bernilai £49,000 je.
Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane telah berkenan dengan model Daytona Gray RS6 Avant Performance model hampir sama dengan Ronaldo.
Model mewah Sport utility vehicle (SUV) Audi menjadi pilihan kebanyakkan pemain apabila 14 pemain telah jatuh hati dan memilih SUV.
Pemain Real Madrid juga berpeluang untuk menguji simulator Formula E dari Audi dan Dani Carvajal menjadi pemain paling power mengendalikan simulator tersebut.
Pada bulan Ogos lalu, Audi yang juga penaja gergasi Jerman telah menyerahkan kereta kepada pemain Bayern Munich buat tahun ke-15 berturut-turut.
Juara Liga Jerman itu telah menerima kereta baru dari pengeluar kereta terkemuka dunia itu saban tahun sejak 2002.