Pemain Sasaran Liverpool Ini Jaringkan Tujuh Gol Dalam Tempoh 34 Minit Untuk Fiorentina

Pemain sasaran Liverpool dan Tottenham Hotspur, Dusan Vlahovic menjaringkan tujuh gol hanya dalam tempoh 34 minit sahaja kemarin.

Beliau berjaya mencipta rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan itu ketika beraksi bersama Fiorentina dalam aksi perlawanan persahabatan.

Vlahovic merupakan salah seorang penyerang muda paling berbakat di benua Eropah, dengan beliau ketika ini hangat dikaitkan bakal menyertai salah satu dari dua kelab premier league itu.

Penyerang Fiorentina itu telah berjaya menjaringkan 21 gol dari 37 penampilan dalam aksi saingan Serie A musim lalu.

Aksi hebatnya telah berjaya mencuri tumpuan beberapa kelab gergasi Eropah, namun antara yang paling berminat untuk mendapatkan khidmatnya adalah Liverpool dan Tottenham.

Vlahovic sekali lagi berjaya mencuri perhatian ramai pada hujung minggu lalu, selepas pemain penyerang Serbia itu masuk sebagai pemain gantian, dan meledak tujuh gol.

Beliau berjaya menjaringkan 7 gol dalam tempoh 34 minit ketika beraksi bertemu pasukan dari division keempat, Polisportiva C4 Foligno.

Selepas tamat perlawanan tersebut, ramai peminat yang memuji aksi dan persembahan beliau yang sungguh luar biasa menakjubkan itu.

Ketika pemain itu sedang hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab dan menyertai pasukan gergasi Eropah yang lain, pakar perpindahan, Fabrizio Romano telah mendedahkan yang Fiorentina sedang berusaha untuk tawarkan lanjutan kontrak pada Vlahovic.

Tujuan utama Fiorentina mahu menawarkan lanjutan kontrak pada Vlahovic adalah kerana mereka mahu meletakkan harga yang lebih tinggi jika ada pasukan yang menunjukkan minat.

Fabrizio Romano dalam kenyataannya telah mendedahkan bahawa:

“Fiorentina ketika ini sedang berunding dengan dia untuk tawarkan kontrak baru, dia masih ada baki dua tahun dalam kontraknya dan mereka tentunya mahu dapatkan keuntungan yang lebih untuk lepaskan pemain.”

Menurut laporan dari media Itali, Calcio In Pillole, Vlahovic turut mendedahkan hasratnya untuk kekal di Itali musim baharu ini nanti.

“Saya gembira di Florence dan berusaha adalah satu-satunya jalan untuk berjaya.”

“Sejak jadual keluar, kami telah mula memikirkan tentang aksi perlawanan pembukaan Serie A bertemu Roma nanti.”

“Kami akan terus bermula dan berikan 200%, kami akan lakukan yang terbaik. Saya akan pastikan diri saya sentiasa bersedia dan sentiasa mahu belajar. Saya juga sangat berharap agar saya mampu buat yang terbaik sekali lagi tahun ini.”

Tottenham Hotspur yang berminat untuk mendapatkan Vlahovic ketika ini sudah berjaya menandatangani penjaga gol, Pierluigi Gollini dan pemain attacking midfielder, Bryan Gil.

Sementara Liverpool pula, sehingga kini mereka baru menandatangani Ibrahima Konate sahaja pada Mei lalu dan telah melepaskan beberapa pemain.

Melihat kepada pemain yang keluar dan masih belum ada pemain yang masuk jelas membuatkan para penyokong Liverpool berasa agak risau.

Apa lagi selepas melihat musuh tradisi, Manchester United sedang seronok berbelanja sakan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sememangnya rugi kalau Liverpool tak berusaha mendapatkan pemain ini

Setan merah sebelum ini telah berjaya menandatangani Tom Heaton dan melengkapkan perpindahan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund pada hujung minggu lalu.

Mereka juga pada ketika ini sudah berjaya mendapatkan Raphael Varane dan hanya menunggu masa sesuai sahaja untuk diumumkan secara rasmi.

Tidak cukup dengan itu, Fabrizio Romano sendiri mendedahkan yang Manchester United masih aktif di pasaran pemain dengan mereka ketika ini sedang memburu seorang lagi pemain midfield.

Mendapatkan dua pemain premium dalam satu jendela perpindahan sudah boleh dianggap kejayaan yang boleh dibanggakan dan tidak mustahil untuk peminat melihat Ole bakal menjulang Piala pertamanya sebagai pengurus setan merah.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pemain Liverpool Dijatuhkan Hukuman Kerana Memukul Teman Wanita