Pemain Sasaran Liverpool Setuju Sertai Bayern Munich Musim Hadapan

Pemain antarabangsa Jerman, Leon Goretzka bakal menyertai Bayern Munich pada penghujung musim nanti, dan mengecewakan beberapa kelab utama Eropah yang berniat untuk mendapatkannya secara percuma musim hadapan.

Goreztka yang kini bermain bersama Schalke 04, bakal tamat kontrak hujung musim nanti dan enggan menandatangani tawaran lanjutan kontrak dari Schalke kerana telah memasang niat untuk bermain dengan pasukan lain musim hadapan.

Kemana lagi pemain terbaik Jerman jika tidak ke Bayern Munich

Hajat Goretzka untuk bermain dengan pasukan lain akhirnya tercapai selepas Direktor Sukan Schalke, Christian Heidel mengumumkan pemain ini telah melepasi pemeriksaan perubatan dan bersetuju untuk menyertai Bayern Munich hujung musim nanti.

Minat Bayern terhadap Goretzka hadir awal minggu lalu apabila pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge berkata pasukannya ‘gila’ jika tidak menandatangani pemain tengah Jerman ini secara percuma.

Tarikan untuk beraksi di Allianz Arena jelas menjadi punca utama mengapa Goretzka memilih untuk kekal di Jerman walaupun beliau berpeluang menyertai pasukan seperti Liverpool, Arsenal dan Juventus.

Heidel ketika sidang media menjelang pertemuan Bundesliga hujung minggu ini menentang Hannover dipetik berkata Goretzka telah menyatakan minatnya untuk menyertai Bayern Munich kepada pihak kelab.

Antara pemain yang hampir pasti dibawa ke Russia ke musim panas nanti

“Leon Goretzka pada awal minggu ini telah memberitahu pihak kelab yang beliau mahu berpindah keluar dari Schalke untuk menyertai Bayern Munich.”

“Kami menerima perkara tersebut dengan sedikit penyesalan. Karl-Heinz Rummenigge juga telah memberitahu kami yang Goretzka telah melepasi pemeriksaan perubatan. Kami bakal kehilangan khidmat seorang pemain yang amat bagus.”

“Goretzka telah menandatangani kontrak bermula 1 Julai 2018 bersama Bayern Munich. Kami telah berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan beliau supaya kekal di Schalke.”

Jurulatih Schalke, Domenico Tedesco berkata seluruh pasukan berasa sedih dan kecewa kehilangan khidmat Goretzka, dari segi bolasepak dan peribadi.

Klopp kempunan lagi

Schalke berada dalam landasan terbaik untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan dengan menduduki tangga ke-3 Bundesliga ketika ini. Mereka ditinggalkan 14 mata di belakang pendahulu, Bayern Munich.

Ketibaan Goretzka pastinya menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan pemain tengah Bayern Munich, Arturo Vidal yang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris untuk menyertai Chelsea.

BACA:  "Dia Pemain Terpaling Komited"- Liverpool Persoal Penyokong Mesir Persoal Salah Tinggalkan Afcon