Pemain Schalke Diserang dan Dikejar Penyokong Sendiri

Pemain pasukan Bundesliga, Schalke 04 telah melalui detik menakutkan lagi mencemaskan apabila telah diserang dan dikejar oleh penyokong sendiri yang naik hantu sehingga ke jalan raya.

Kejadian tidak diingini ini terjadi selepas Schalke secara rasminya telah turun ke liga bawahan 2.Bundesliga lantaran kemerosotan prestasi dan masalah dalaman kelab.

Schalke 04 kembali ke Veltins-Arena selepas mengharungi perlawanan yang memilukan tewas 1-0 kepada Arminia Bielefeld dan yang lebih parah mengesahkan relegasi Schalke 04 dari Bundesliga.

Seramai 500 sehingga 600 penyokong disertai kumpulan ultras menunggu pemain pasukan di Veltins-Arena termasuk Sead Kolasinac yang dipinjamkan serta Shkodran Mustafi.

Ada segelintir daripada penyokong yang berkumpul itu telah mengancam pemain, menghujani mereka dengan telur dan mengejar pemain di kawasan Veltins-Arena.

Salah seorang pemain yang melarikan diri dari kumpulan Ultras adalah penyerang Schalke, Mark Uth yang – menurut wartawan ESPN Bundesliga, Archie Rhind-Tutt – disebut “anak haram” dalam video tersebut.

Polis tempatan hadir ke tempat kejadian bagi menenangkan suasana dan pihak polis telah memberi penjelasan mengenai insiden itu.

“Ketika pasukan bola sepak sampai dan mereka menapak keluar dari bas terdapat sekumpulan makhluk melakukan protes.”

“Telur telah dibaling kepada pemain dan turut diserang dengan mulut (kena maki).

Mujurlah dalam aksi kejar mengejar yang menakutkan itu tiada pemain Schalke yang mengalami kecederaan fizikal dan pasti ada yang mengalami kecederaan mental.

Schalke telah mengeluarkan kenyataan bahawa telah ada persetujuan antara pasukan dan penyokong akan bertemu dan akan diadakan perbincangan namun ada segelintir yang bertindak agresif.

“Dalam kerangka pertemuan ini, terdapat beberapa individu yang masih belum dikenali yang jelas melampaui batas yang tidak boleh bawa bincang untuk Schalke”

“Walaupun terdapat kekecewaan dan kemarahan yang semua fahami kerana penyingkiran itu, kelab tidak dapat menerimaketika integriti fizikal pemain dan kakitangannya berada dalam bahaya.”

Kekalahan pertengahan minggu lalu mengesahkan penyingkiran Schalke dari liga teratas Jerman buat pertama kalinya dalam tempoh 33 tahun dan gugurlah satu pasukan yang padu.

Lantaran itulah penyokong mula berkumpul di stadium dengan membakar suar dan bunga api sebagai tanda tunjuk perasaan.

Schalke 04 Tersingkir

Schalke 04 bukanlah kelab biasa-biasa dan antara kelab yang melahirkan ramai pemain bintang dan berkualiti di dalam piramid bola sepak Eropah terutama untuk negara mereka Jerman.

Kelab ini boleh dikatakan sebagai agak kaya dengan pendapatan penjualan pemain yang mereka hasilkan dan kemudian mereka buat gila melepaskan pemain secara percuma.

Schalke telah melepaskan pemain dengan harga yang rendah dan pemain seperti Choupo Moting, Neustadter, Huntelaar, Matip dan Kolasinac pula dilepaskan secara percuma.

Ketika dilepaskan secara percuma Matip dan Kolasinac berada dalam senarai pemain tahunan terbaik di Bundesliga. Tak masuk akal bukan?

Kali terakhir Schalke menjuarai Bundesliga pada tahun 1958 dan telah berjaya menjadi juara Jerman sebanyak lapan kali.

Schalke menjadi pasukan pencabar Bundesliga untuk tempoh sedekad sejak abad baru bermula dan muncul menjadi juara Bundesliga sebanyak empat kali.

Musim ini sahaja Schalke telah menukar pengurus sebanyak lima kali. Schalke juga mencatatkan rekod tidak menang 30 perlawanan Bundesliga berturut turut dari musim lalu dan musim ini.

Lantaran itu penaja hilang kepercayaan ataupun potensi penaja baru yang tidak nampak ada keuntungan untuk mereka menaja pasukan yang lemah di dalam pengurusan pasukan.

Penaja jersi mereka, Umbro mahu menamatkan tajaan lebih awal. Schalke kini berhutang EUR220 juta kerana impak wabak yang melanda.

Baca Juga

Baca Juga